Bab 3
Di sekolah, Ikhwan menunggu Shahril di pintu sekolah tapi Shahril tidak perasan Ikhwan yang berada di pintu kerana dia hampir terlewat. Ikhwan menjerit memanggil Shahril. Shahril tidak mendengar kerana dia tergesa-gesa kerana perlu berjumpa dengan guru pelatih bola sepaknya, Encik Mazlan. “Shahril! Kau tak dengar ke aku panggil kau dari tadi. Kering tekak aku menjerit panggil nama kau”, jerkah Ikhwan sambil menumbuk bahu Shahril. “Sakit la bodoh. Aku nak cepat ni. Nanti cikgu pelatih bola sepak marah aku lak”, ujar Shahril sambil menggosok-gosok bahunya yang sakit ditumbuk lalu menumbuk bahu Ikhwan. Dia segera pergi ke bilik khas untuk pemain-pemain bola sepak. Encik Mazlan sedang menunggunya di bilik tersebut.
“Maaf cikgu. Saya terlambat bangun tadi”, Shahril tersengih lalu duduk di hadapan Encik Mazlan. “Saya nak jumpa awak ni sebab saya perlukan pembantu di kalangan pelajar untuk mengawasi latihan kamu sebab saya perlu pergi kursus di Melaka selama dua minggu pada minggu depan. Awak sebagai kapten pasukan, saya nak awak membuat iklan dengan rakan-rakan sepasukan kamu tapi saya dan kamu yang akan temuduga bakal pembantu saya nanti”, terang Encik Mazlan. “Itu je yang cikgu nak cakap, saya ingatkan pentinglah sangat. Pasal tu, saya akan uruskan secepat mungkin”, Shahril tersengih memandang Encik Mazlan. Encik Mazlan menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah Shahril yang keluar dari biliknya untuk ke kelas sebaik loceng sekolah berbunyi.
Di dalam kelas 5 Kejuruteraan Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga di Bandar Baru Bangi, kelas sangat kecoh kerana guru tiada. Shahril terus masuk ke kelas dan duduk di sebelah Ikhwan. “Woi! Ka buat apa Ikhwan”, tegur Shahril lalu menyiku Ikhwan yang sedang enak tidur. “Kacaulah kau ni. Aku mengantuk la. Malam tadi mak aku membebel kat aku sebab aku balik lambat lepas aku pergi rumah kau. Lepas tu aku pergi jumpa orang ”, lemah saja ujaran Ikhwan yang masih terbaring dalam keadaan tangannya ditindih kepalanya. “Kau pergi jumpa siapa sebenarnya ha! Kau pergi dating ek”, sergah Shahril. “Siotlah kau ni, mengganggu aku pula. Aku mengantuklah, petang semalam aku pergi dating dengan Nisa”, Ikhwan masih mamai lagi sehinggakan dia tidak menyedari yang dia telah menceritakan hal sebenar. Shahril ketawa melihat Ikhwan yang masih tidak menyedari apa yang telah dicakapnya. “Ikhwan, kau biar betul yang kau pergi dating dengan Nisa. Nisakan popular kat sekolah kita ni. Macam mana dia boleh sangkut kat kau pulak. Pelik bin ajaib”, bisik Shahril lalu ketawa kecil. Ikhwan hanya mampu tersenyum tapi mukanya merah bila dikatakan sebegitu. “Nanti aku cerita kat kau tapi kau kena cerita dulu kat aku, pasal macam mana kau boleh tergerak nak buat laman web “Bintang Cinta”?”, bisik Ikhwan apabila guru Kejuruteraan mereka masuk. “Nanti aku cerita kat kau. Hari ni, kau ikut aku balik rumah aku”, bisik Shahril lalu menumpukan perhatian pada pelajaran kejuruteraan.
______________________________________________________________________________________
“Wah, penatnya aku. Latihan hari ni memenatkan la. Korang semua jom lepak kat rumah aku. Boleh kita siapkan kerja sekolah dan ulangkaji sama-sama”, ujar Lisa kepada rakan-rakannnya. Rakan-rakannya bersetuju lalu mereka mengambil beg sekolah lalu pergi ke tempat letak basikal dan terus pergi ke rumah Lisa. Dalam perjalanan ke rumah Lisa, Lisa dilanggar dari belakang oleh sebuah motor. “Kurang ajar betul! Takde ‘civic minded’ langsung, dah langgar terus blah!”, jerit Lisa dan menyebabkan penunggang motor tersebut berhenti. “Kau rupanya perempuan sombong, aku tak sengaja dan aku minta maaf. Aku nak cepatlah”, pekik penunggang tersebut dan dia menunggu di situ sehingga Lisa hampir padanya. Lisa tergamam kerana lelaki tersebut ialah Shahril. Lisa mengangguk tanda maaf lalu pergi dari situ terus ke rumahnya.
“Aduh, segannya aku bila terpandang Shahril tadi. Ini bukan kali pertama kami ‘accident’ macam tu. Kenapa bila ‘accident’ je aku nak maki-maki dia. Habislah peluang aku nak jadi ‘couple’ dia. Hukhukhuk…..”, bisik Lisa dalam hati. Dia terus menuju ke biliknya dan tidak menyedari rakan-rakannya yang baru sahaja sampai di ruang tamu. “Woi! Berangan ke, kitaorang dari tadi tunggu kau. Mana kau pergi”,jerkah Nisa sambil menepuk bahu Lisa. “Oo, mak kau melambung”, Lisa melatah sehingga tercampak beg sekolahnya di tangan. “Hahahaha…… Kau ni kenapa Lisa?”, tanya Nisa, Devi dan Mei Ling serentak sambil ketawa melihat Lisa melatah. “Terperanjat aku. Aku ‘accident’ tadi, ada motor langgar aku dari belakang”, ujar Lisa sambil mencubit tangan rakan-rakannya. “Kau takde pape ke?”,Mei Ling risau sambil membelek badan Lisa. “Aku takde pape la. Aku ok. Jangan cerita kat ibu aku. Dah jom masuk bilik aku mandi dan siapkan kerja sekolah dan lepas tu boleh la kita sembang-sembang,” ujar Lisa untuk membuang kebimbangan rakan-rakannya.
Selesai kerja sekolah mereka, mereka bersembang di wakaf rumahnya. Lisa membawa laptopnya untuk mereka gunakan ‘surf internet’. Kesempatan itu diambil Nisa untuk membuka website Bintang Cinta, malangnya dia tak dapat mengaksesnya. Dia sedikit kecewa. Lisa memujuk Nisa dengan bantuan Devi dan Mei Ling. “Aku bukan apa, aku nak sangat akses masuk website Bintang Cinta sebab aku nak dapatkan nasihat tentang cinta sebab…”, Nisa tersedar yang dia hampir terlajak kata. “Apa sebab yang kau beria-ria sangat nak akses masuk website tu Nisa. I’m smell something good, Nisa”, usik Lisa. Devi dan Mei Ling tersenyum memandang Nisa kerana mereka juga ingin mengetahuinya. “Nanti sajalah aku cerita. Mei Ling, Devi, jom balik. Hari dah petang ni”, Nisa mengubah topik dan tersenyum malu lalu mereka segera mengemas beg sekolah dan pulang ke rumah.
Sekarang saya dalam proses menyiapkan e-novel saya yg masih dlm pembikinan untuk anda komen........ sudi-sudikanlah membacanya.....
Tuesday, December 9, 2008
Bintang Cinta
Bab 2
Selepas habis waktu persekolahan, Shahril dan Ikhwan terus ke rumah Shahril dgn menunggang motorsikal masing-masing menuju ke rumah Shahril yang terletak 7 km dari sekolah mereka. Shahril dan Ikhwan meletakkan beg sekolah dan menukar pakaian di bilik Shahril lalu makan tengah hari bersama-sama dengan mama dan papa Shahril iaitu Encik Shahril Izwan dan Puan Narina. “Papa, Aril ingatkan papa tak balik. Papa dah jarang balik lunch dengan kami, kenapa tiba-tiba papa balik ni?”, Shahril tersenyum gembira lalu duduk di sebelah papanya. “Aril macam tak suka je papa balik lunch ni. Oklah, papa balik officelah sekarang”, Encik Izwan berpura-pura bangun diikuti isterinya yang turut berpura-pura bangun, mengusik Shahril Anuar yang merupakan anak ketiga mereka dari empat anak mereka yang lain. Yang sulung bernama Shahril Azril, anak kedua, Nazira Sharina dan yang bongsu Nazatul Shahira.
“Ala, Aril gurau je. Aril suka papa balik lunch dengan kami. Papa kalau di office dengan abang Azril tu mana reti nak ingat balik rumah waktu lunch, asyik makan luar je, nak cakap rumah kita jauh dari office papa tak jauh pun”, terang Shahril dengan panjang lebar. Encik Izwan mengusap kepala Shahril. Mereka terus menjamu selera masakan Puan Narina pada tengah hari itu. Selepas makan tengah hari, Shahril menyiapkan kerja sekolahnyanya bersama-sama dengan Ikhwan. “Shahril, kau cakap betul-betul dengan aku. Betul ke kau yang buat website Bintang Cinta”, Tanya Ikhwan yang sedang menyiapkan kerja sekolah matematiknya sambil memandang Shahril. Shahril tersenyum lalu mengangguk. “Kau tak percaya ke”, ujar Shahril. Dia mengambil laptop yang dihadiahkan oleh papa dan mamanya sempena harijadinya yang ke-17 pada 3 bulan yang lepas. Shahril mengakses masuk ke website Bintang Cinta dan secara kebetulan, terdapat pelayar yang turut mengakses masuk website tersebut. Shahril membaca luahan hati pelayar tersebut yang dikenali sebagai Mr X. Mr X meminati seorang gadis di sekolahnya yang dikenali dengan Miss Y. Gadis ini sangat popular di sekolah sementara Mr X cuma pelajar biasa dan antara pelajar yang baik di dalam kelasnya. Mr X selalu terserempak dengan Miss Y, ketika mereka bertembung di hadapan sekolah pada waktu sebelum masuk sekolah atau selepas masuk sekolah tetapi Miss Y hanya tersenyum memandangnya. Setiap kali Mr X terpandang Miss Y, hatinya berdebar-debar tetapi dia tidak berani meluahkan perasaannya kepada Miss Y. Shahril memberikan sms berunsur nasihat supaya Mr X mengubah imejnya dan bersikap berani untuk meluahkan perasaannya kepada Miss Y. Selepas memberikan sms dari telefon bimbitnya yang dihubungkan dengan website Bintang Cinta, Shahril memandang Ikhwan yang tercengang melihat apa yang telah dilakukan oleh Shahril sebentar tadi.
“Woi! Yang kau melopong tengok aku kenapa?”, jerit Shahril lalu menyiku Ikhwan. Ikhwan terperanjat sehingga tercampak buku yang dipegangnya. Dia memukul bahu Shahril kerana memeranjatkannya. Berlakulah peperangan kecil antara kedua-dua kawan baik itu. Mereka saling memukul menggunakan bantal sehingga menganggu Puan Narina yang sedang khusyuk menonton sinetron kegemarannya di dalam bilik. Dia bergegas ke bilik anaknya Shahril yang terletak bersebelahan biliknya.
“Astaghfirullah Al-Azim! Apa yang kamu berdua buat ni. Shahril tahu tak, Shahril dah ganggu mama menonton sinetron favourite mama. Bising sangat, rupanya kamu berdua bergaduh sampai mama ingat bunyi bising tadi ada orang masuk rumah tahu tak”, jerkah Puan Narina kepada Shahril dan Ikhwan. Ikhwan terkulat-kulat lalu duduk di meja belajar Shahril. “Sorry mama. Aril bergurau je dengan Ikhwan tadi. Aril tahu Aril salah sebab ganggu mama. Nanti Aril kemaskan bilik dengan Ikhwan ye mama”, ujar Shahril lembut lalu memeluk mamanya dan menghadiahkan ciuman di pipi mamanya yang sudah reda kemarahannya. “Jangan nak bergurau macam tu lagi Aril, mama tak suka. Kalau nak bergurau jangan sampai mama nampak macam nak bergaduh”, tegur Puan Narina lalu balik semula ke biliknya. Shahril dan Ikhwan segera mengemas bilik dan buku-buku sekolah mereka yang telah siap kerja sekolahnya. Selesai mengemas, Shahril dan Ikhwan keluar dari bilik lalu duduk di ruang tamu bermain playstation 2 milik Shahril. Ikhwan terlupa mengenai tujuannya untuk mengetahui mengenai website Bintang Cinta. Selepas bermain playstation, mereka ke bilik Shahril untuk mengambil beg sekolah Ikhwan kerana dia harus pulang kerana dia ada janji dengan seseorang untuk berjumpa pada pukul 5.00 petang.
“Kau nak jumpa siapa, Ikhwan. Kau nak jumpa girlfriend ek”, usik Shahril lalu menyiku Ikhwan yang sedang mengemas beg. Ikhwan mendiamkan diri dan cuma tersenyum memandang Shahril lalu mereka keluar dari bilik Shahril. “Aril, ajak Ikhwan minum dan makan goreng pisang yang mama dah sediakan”, tegur Puan Narina. Serba salah Ikhwan untuk menolak pelawaan mama Shahril lalu ke meja makan dan menjamah sedikit sebelum keluar dari rumah Shahril. Shahril menghantar Ikhwan sehingga ke motornya yang di parking di tempat parking rumah Shahril. Ikhwan segera berlalu pergi. Semasa dalam perjalanan, Ikhwan teringat yang dia terlupa bertanyakan Shahril mengenai website Bintang Cinta. “Esok pagi, aku harus bertanya kepada Shahril mengenai website Bintang Cinta”, bisik Shahril di dalam hatinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)