Sunday, May 8, 2011

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 3


Diya Danisha yang baru tiba di rumah Tan Sri Burhanuddin pada petang itu membunyikan loceng lalu memberi salam. Mak Nah yang baru selesai mengangkat pakaian yang dijemurnya segera ke pintu pagar. “Maaf ye nak, makcik tak boleh bagi kamu masuk dan tolong pergi dari sini”, Mak Nah berkata lembut. “Assalamualaikum Mak Nah. Saya ni bukan jurujual. Saya Diya Danisha iaitu pengawal peribadi dan pemandu untuk Encik Faiz Darwin”, Diya Danisha berterus-terang. Mak Nah yang terkejut segera membuka pintu pagar dan membenarkan Diya Danisha masuk. “Maafkan Mak Nah la Diya. Mak Nah tak tau pengawal peribadi Faiz perempuan rupanya”, Mak Nah memohon maaf. “Takpe Mak Nah. Saya baru nak biasakan diri. Mak Nah panggil saya Danish ye”, ujar Diya Danisha lembut. Mak Nah enggan kerana baginya kalau dah perempuan baik dipanggil nama perempuannya. Diya Danisha mengalah dan sekiranya Tan Sri, Pak Naqib dan Faiz Darwin ada bersama, dia meminta dipanggil Danish. Mak Nah bersetuju.
Diya Danisha membantu Mak Nah menyediakan minum petang walaupun dilarang kerana sebentar lagi Tan Sri akan pulang bersama Faiz Darwin. Faiz Darwin orang pertama yang masuk ke rumah terkejut melihat Diya Danisha sedang membantu Mak Nah. Dia segera bertanya kepada Mak Nah siapa budak lelaki yang membantunya. Mak Nah ingin ketawa mendengar pertanyaan Faiz Darwin tetapi kerana teringatkan janjinya pada Diya Danisha, dia menahan tawanya lalu berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan Faiz Darwin yang terpinga-pinga ditinggalkannya. Faiz Darwin duduk di kerusi meja makan bersebelahan papanya sebelum memperkenalkan Diya Danisha. “Faiz, yang ini pengawal peribadi merangkap pemandu kamu. Nama dia……”, kata-kata Tan Sri terhenti bila Diya Danisha mencelah lalu memperkenalkan dirinya sebagai Danish kepada Faiz Darwin. Tan Sri Burhanuddin ingin menerangkan lebih lanjut mengenai Diya Danisha tapi dihalangnya kerana dia sendiri akan menerangkan kepada Faiz Darwin.
Diya Danisha memulakan tugas di rumah Tan Sri Burhanuddin pada keesokkan harinya. Dia tiba tepat pada pukul tujuh pagi untuk menjemput dan menghantar Faiz Darwin ke mana sahaja yang ingin ditujuinya dan memastikan keselamatannya. Faiz Darwin yang sudah bersedia untuk ke pejabat, memberikan kunci kereta KIA Sorentonya kepada Diya Danisha. Faiz Darwin turut meneliti penampilan Diya Danisha yang smart bergaya dengan kemeja biru berlengan pendek, berseluar jeans hitam dan bertopi seperti pemandu bukannya pengawal peribadi. Diya Danisha memandu kereta Faiz Darwin dengan cermat terus menuju ke pejabat Burhan Corp Sdn Bhd. Hari pertama bertugas, Diya Danisha dan Faiz Darwin tidak banyak berbicara sehingga mereka tiba di perkarangan pejabatnya. Diya Danisha segera membuka pintu untuk Faiz Darwin. “Agaknya anak orang kaya ni sombong sampai nak ucapkan terima kasih pun tak reti. Bapa dia tak pula macam tu”, Diya Danisha berkata perlahan sahaja tapi dapat didengari Faiz Darwin.
“Danish, lepas ni terus ke pejabat saya. Ada benda saya nak cakap sikit dengan awak”, arah Faiz Darwin tegas. Diya Danisha terkulat-kulat mendengar segera bersetuju sebelum memarkirkan kereta di tempatnya. Diya Danisha terus ke pejabat Faiz Darwin dan Faiz Darwin yang ternampaknya segera menyuruhnya masuk dan duduk di depannya. Faiz Darwin memandang Diya Danisha tajam dan membuatkan Diya Danisha tertunduk takut. Diya Danisha menelan liurnya sebelum berkata, “Encik Faiz nak jumpa saya kenapa?”. “Saya nak kenal dengan awak lebih rapat lagi. Tadi saya terdengar ada orang cakap saya ni sombong”, ujar Faiz Darwin tegas. Diya Danisha cuak sebelum Berjaya menenangkan dirinya. “Encik Faiz nak tahu apa?”, tanya Diya Danisha lembut. Faiz Darwin ingin mengetahui tentang latihan yang diterimanya di Pusat Pengawal Peribadi Zeisha dan latar belakangnya. Diya Danisha lega lalu menerangkannya tetapi, latar belakangnya Cuma diceritakan sedikit sahaja.
Faiz Darwin kurang berpuas hati penerangan Diya Danisha mengenai latar belakangnya memaksanya menerangkan lebih lanjut. Diya Danisha cuak sehingga mahu sahaja memberitahu Faiz Darwin yang dia seorang perempuan tetapi diselamatkan oleh bunyi ketukan di pintu Faiz Darwin. Faiz Darwin menyuruh orang tersebut masuk dan orang itu ialah papanya, Tan Sri Burhanuddin. Keadaan mereka senyap seketika sebelum Diya Danisha bangun dari tempat duduknya meminta diri untuk keluar. Faiz Darwin kurang berpuas hati dengan penerangan Diya Danisha mengenai latar belakangnya terpaksa akur dan mengakui kelayakan Diya Danisha sebagai pengawal peribadinya. Tan Sri Burhanuddin yang pelik melihat anaknya yang seperti orang bisu memecahkan kesunyian mereka dengan berkata, “Faiz, hari ni hari pertama Danish bekerja dengan kamu, kita belanja dia lunch. Kamu setuju tak?”. Faiz Darwin terkejut segera mengangguk bersetuju. Sudah menjadi kebiasaan dia dan papanya belanja pekerja baru mereka makan.

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 2


Diya Danisha mendapat panggilan dari Pusat Pengawal Peribadi Zeisha mengenai temuduga pencarian pengawal peribadi untuk klien baru mereka. Diya Danisha di antara 1000 orang pelajar pusat itu yang tamat dengan cemerlang dan masih belum mendapat kerja. Diya Danisha gembira diberi peluang itu. Pada malam itu, Diya Danisha sibuk mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai untuk temuduga itu sebelum Diya Danisha tidur lena.
Tengahari itu, Tan Sri dan Pak Naqib ke Bangsar untuk makan tengahari sebelum ke Pusat Pengawal Peribadi Zuhal untuk sesi menjalankan temuduga bagi mencari pengawal peribadi baru untuk Faiz Darwin. Selepas makan tengahari, mereka terus ke pusat itu. Pengerusi pusat itu menyambut mereka mesra lalu menunjukkan bilik untuk temuduga. Proses temuduga itu selesai dengan lancar pada pukul 5 petang. Setiap pengawal peribadi yang di temuduga hari itu akan dihubungi sekiranya Berjaya dalam tempoh seminggu. Proses menemuduga diteruskan pada keesokkan harinya. Pada sebelah pagi, mereka menjalankan proses temuduga di Pusat Pengawal Peribadi Zuhan, Ampang. Setelah selesai, mereka terus ke Damansara. Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib makan di sebuah restoran berdekatan Pusat Pengawal Peribadi Zeisha sahaja untuk memudahkan mereka ke sana.
Sebaik tiba di restoran itu, Tan Sri Burhanuddin dilanggar seorang gadis yang memakai blaus putih serta berseluar slack hitam, kecil molek, bermuka manis dan berambut pendek. “Maafkan saya pak cik, saya tak sengaja langgar pak cik. Saya nak cepat sebenarnya ni sebab saya ada temuduga di Pusat Pengawal Peribadi Zeisha”, ujar gadis itu lalu membantu Tan Sri Burhanuddin berdiri dan menunduk meminta maaf. “Pak cik ok. Kamu jangan risau. Kamu pergilah nanti lambat pula”, Tan Sri Burhanuddin memberitahu. Gadis itu masih menunduk meminta maaf lalu segera pergi. Tan Sri Burhanuddin memandang langkah gadis itu sebelum dia hilang sebelum Pak Naqib menegurnya. “Amboi! Tan Sri, asyik betul pandang budak tu”, tegur Pak Naqib lalu Tan Sri Burhanuddin tersengih-sengih lalu berkata, “Budak tu ada daya penarik dan sesuai dipadankan dengan anak saya, Faiz Darwin yang tak makan saman tu. Budak tu lagi sesuai dari Narisha yang kita berdua tahu yang cuma bermata duitan itu”.
Selepas makan tengahari, mereka terus ke Pusat Pengawal Peribadi Zeisha. Pengerusi Pusat Pengawal Peribadi Zeisha menunjukkan mereka bilik untuk proses temuduga. Sementara itu, Diya Danisha yang baru tiba di situ terus mendaftar dan mengambil nombor giliran. Dia kesal kerana mendapat nombor terakhir sekali semuanya gara-gara jam locengnya tidak berbunyi. Nasib baik ibunya, Puan Salamah mengejutnya kerana dia turut berpesan pada ibunya untuk kejutkannya sekiranya dia tidak terbangun. Dia berdoa semoga proses temuduganya berjalan lancar dan mendapat kerja tersebut dari ribuan yang ditemuduga selama dua hari itu. Sepanjang proses temuduga itu, Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib terasa letih dan sedikit kecewa tetapi kekecewaan mereka terubat sebaik sahaja gadis manis yang terlanggar Tan Sri masuk untuk temuduga.
Diya Danisha terkejut dan segera menenangkan diri lalu memperkenalkan diri dan memberi profilnya kepada Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib. Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib memperkenalkan diri mereka kepada Diya Danisha sebelum meneruskan sesi temuduga. Diya Danisha lega kerana proses temuduganya lancar dan sekarang ini, dia Cuma perlu menunggu selama seminggu untuk dihubungi. Selesai proses temuduga, Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib terus pulang ke rumah bersama semua profil-profil pengawal peribadi yang di temuduga selama dua hari untuk memilih siapa yang layak menjadi pengawal peribadi Faiz Darwin.
Di rumah, pada malam itu juga Tan Sri Burhanuddin bersama Pak Naqib duduk meneliti profil satu-persatu. Hampir seminggu meneliti kesemua profil itu, mereka mencapai kata sepakat memilih Diya Danisha kerana prestasi Diya Danisha sangat baik dan mampu melindungi Faiz Darwin dengan baik. Diya Danisha sesuai untuk mengajar Faiz Darwin agar bersikap lebih baik lagi. Di pejabat Burhan Corp Sdn Bhd pada pagi itu juga, Tan Sri mengarahkan Anisa setiausahanya menghubungi Diya Danisha untuk hadir ke pejabat pada petangnya untuk menguruskan perlantikannya.
Diya Danisha baru selesai sarapan menerima panggilan dari setiausaha Tan Sri Burhanuddin telah terpilih sebagai pengawal peribadi merangkap pemandu untuk Faiz Darwin dan dikehendaki ke Burhan Corp Sdn Bhd pada hari ini untuk perlantikannya. Diya Danisha gembira segera berpakaian yang sesuai untuk ke syarikat itu. Diya Danisha memandu kereta Savvy birunya ke pejabat Pusat Pengawal Peribadi Zeisha, Damansara untuk mendapatkan kad tauliah sebagai pengawal peribadi dari pusat itu. Kemudian ia terus ke Burhan Corp Sdn Bhd. Dia menemui Anisa sebelum berjumpa Tan Sri Burhanuddin. “Kak Anisa, panggil je saya Danish”, Diya Danisha memperkenalkan diri. Diya Danisha berjumpa dengan Tan Sri Burhanuddin untuk perlantikan lalu Tan Sri memperkenalkan kepada para pekerja yang lain. “Apa khabar semua. Saya Diya Danisha dan kamu semua boleh panggil saya Danish”, Diya Danisha memperkenalkan dirinya. Selepas itu, Diya Danisha mengisi borang kerja. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Burhanuddin sebelum ke rumah Tan Sri di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi untuk membiasakan dirinya dengan jalan tersebut.

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 1


17 tahun kemudian,

“I tak suka la dengan pengawal peribadi U yang asyik ikut kita sejak kita couple”, ujar Narisha dengan marah dan benci sambil memandang kereta Proton Wira yang mengekori mereka melalui cermin sisi. “Sabarlah Risha, nanti I bincang dengan papa I untuk singkirkan diorang tu. U pun tau I pun tak suka dengan diorang tapi I kena patuh permintaan papa I. U pun taukan kisah 17 tahun dulu yang I cerita kat U”, pujuk Faiz Darwin yang mengusap pipi Narisha lalu menumpukan perhatian ke jalan raya menuju ke apartment Sri Intan di Setiawangsa untuk menghantar Narisha pulang. Sebaik tiba di situ, Faiz Darwin berjanji kepada Narisha akan menguruskan malam ini juga perkara itu. Narisha tersenyum manis lalu mencium pipi Faiz Darwin. Faiz senang hati dengan tindakan kekasih hatinya itu turut membalas cium itu lalu terus ke kereta KIA Sorentonya dan diekori kereta Proton Wira pengawal peribadinya memecut ke lebuhraya menuju Seksyen 3, Bandar Baru Bangi untuk pulang ke rumahnya.
Tiba sahaja di rumahnya, pengawal peribadinya menghilangkan diri di belakang rumahnya. Faiz Darwin masuk ke dalam rumah terus ke bilik papanya, Tan Sri Burhanuddin. “Assalamualaikum papa, boleh Faiz masuk?”, tanya Faiz Darwin. Tan Sri Burhanuddin yang asyik membaca surat khabar menjawab salam lalu menjemput anaknya masuk ke biliknya. Faiz Darwin berterus-terang dengan ketidakpuasan hatinya tentang pergerakannya yang sentiasa diawasi oleh pengawal-pengawal peribadinya walaupun dia sekarang ini telah berusia 25 tahun. Tan Sri Burhanudddin amat memahami kehendak anaknya meminta penjelasan dan sebab-sebab munasabah untuk menyingkirkan pengawal-pengawal peribadinya kerana dia masih bimbang dengan keselamatan anaknya. Dia tidak menyukai teman wanita anaknya, Narisha yang pada pandangannya cuma ingin mengikis harta mereka. Faiz Darwin menjelaskan yang dia sudah dewasa dan tahu menjaga dirinya sendiri kerana dia mempunyai ilmu dalam seni mempertahankan diri yang dipelajarinya sejak kejadian itu. Dia juga perlukan ruang privasi untuk bersama rakan-rakan atau teman wanitanya.
Tan Sri Burhanuddin bersetuju dengan syarat yang dia tetap akan mengupah seorang pengawal peribadi merangkap pemandu baru untuk Faiz Darwin kerana bimbang dengan keselamatannya. Mereka berbalah seketika dan akhirnya Faiz Darwin mengalah dan menerimanya. “Bagus, mulai esok papa lucutkan jawatan semua pengawal-pengawal peribadi kamu dan seminggu ini kamu bebas tanpa kawalan”, tegas Tan Sri Burhanuddin. Faiz Darwin gembira lalu keluar dari bilik papanya dan terus ke biliknya untuk tidur. Tan Sri Burhanuddin segera menghubungi setiausahanya, Anisa malam itu juga. Dia meminta Anisa membuat appointment dengan beberapa Pusat Pengawal Peribadi kerana dia ingin mengupah pengawal peribadi yang baru untuk Faiz Darwin.
Keesokkan paginya, Anisa setiausaha Tan Sri Burhanuddin menghubungi beberapa Pusat Pengawal Peribadi untuk membuat appointment. Cuma tiga sahaja Pusat Pengawal Peribadi yang setuju untuk temuduga pengawal peribadi pada petang ini dan esok. Dia mencatatkannya dan akan memberitahu Tan Sri sebentar lagi. “Assalamualaikum Tan Sri. Saya nak bagitahu Tan Sri tentang appointment yang Tan Sri suruh saya buat untuk temuduga pengawal peribadi baru. Boleh saya teruskan?”, tanya Anisa tetapi Tan Sri Burhanuddin menegah dan menyuruhnya membuat air teh untuknnya sebelum dia meneruskan penerangan. Anisa terus ke pantri dan membuatkan secawan teh untuk Tan Sri Burhanuddin. Dia membawa secawan teh yang dipinta bosnya lalu meletakkan di atas meja bosnya.
“Tan Sri, ni tehnya. Boleh saya teruskan perkara tadi”, tanya Anisa. Tan Sri Burhanudin menyisip sedikit tehnya lalu membenarkan Anisa meneruskannya. Anisa memberitahu yang Tan Sri boleh membuat temuduga pada pukul dua petang hari ini di Pusat Pengawal Peribadi Zuhal, Bangsar kerana pada pagi hingga tengahari, Tan Sri ada beberapa meeting penting di pejabat. Dia juga memberitahu Tan Sri yang dia boleh membuat temuduga pada pukul 10 pagi hingga 1 petang di Pusat Pengawal Peribadi Zuhan, Ampang diikuti pada pukul 2 ptg hingga 5 petang di Pusat Pengawal Peribadi Zeisha, Damansara. Tan Sri mencatat perkara tersebut dalam diari kerjanya. Setelah selesai tugasan, Anisa keluar dari bilik bosnya.