Sunday, May 1, 2011

MY BODYGUARD, MY LOVE

PROLOG


17 tahun dahulu,

“Hai, apa khabar. Saya Diya Danisha Bt Suffian, saya pelajar baru di sini. Siapa nama awak?”, Diya Danisha yang berusia lapan tahun memperkenalkan diri kepada seorang pelajar lelaki di kelasnya. “Hai, saya Faiz Darwin B Burhanuddin. Selamat berkenalan”, ujar Faiz Darwin. Sejak dari perkenalan itu, mereka menjadi kawan karib dan saling bantu-membantu antara satu sama lain terutamanya pelajaran. Mereka berdua menjadi kesayangan para guru di sekolah kerana mereka antara pelajar terbaik untuk darjah dua. Satu sahaja perkara iaitu Diya Danisha tidak pernah memberitahu Faiz Darwin yang dia belajar seni mempertahankan diri. Dia telah belajar silat gayung sejak berusia tujuh tahun lagi kerana Diya Danisha tertarik melihat abang dan kakaknya mempelajari seni mempertahankan diri itu ketika mengikut ayahnya menghantar abang dan kakaknya ke pusat latihan. Dia ingin memberitahu Faiz Darwin menegenai perkara itu pada malam kebudayaan pada dua minggu lagi. Dia ingin mengajak Faiz Darwin mempelajarinya juga.
Seminggu sebelum malam kebudayaan sekolah, Faiz Darwin diculik di depan mata Diya Danisha ketika mereka menunggu pemandu Faiz Darwin, Pak Naqib mengambilnya. Diya Danisha menjerit tetapi dipukul oleh penculik tersebut. Diya Danisha tersedar bila dia dikejutkan oleh pemandu Faiz Darwin, Pak Naqib lalu menceritakan tentang penculikan Faiz Darwin. Pak Naqib menghubungi Dato’ Burhanuddin lalu memberitahu perkara tersebut. Dato’ Burhanuddin mengetahui siapa yang menculik Faiz Darwin kerana penculik itu ialah musuh bisnesnya. Dia segera membuat laporan polis. Faiz Darwin telah dikurung di sebuah gudang kosong selama tiga hari bersama penculiknya. Sepanjang tempoh tersebut, Faiz Darwin diberi makan seperti biasa tetapi dia selalu menangis dan langsung tidak menyentuh makanan. Kecekapan pihak polis mengesan kedudukan penculik tersebut berjaya menangkap dan menyelamatkan Faiz Darwin.
Faiz Darwin yang fobia dengan kejadian itu menyebabkan Dato’ Burhanuddin menukarkannya ke sekolah swasta di Kuala Lumpur dan sentiasa ditemani oleh pengawal peribadi. Walaupun begitu, dia tidak pernah melupakan Diya Danisha dan mengirimkan surat kepada Diya Danisha tentang pertukaran sekolahnya. Diya Danisha sedih kerana kawan karibnya, Faiz Darwin berpindah sekolah. Dia merasa kehilangan walaupun begitu dia sentiasa berharap dapat berjumpa dengan Faiz Darwin pada suatu hari nanti. Dia juga bercita-cita menjadi pengawal peribadi bila dewasa nanti agar dapat melindungi Faiz Darwin. Sepanjang belajar di sekolah itu, Faiz Darwin aktif sukan terutama seni mempertahankan diri seni silat gayung. Dia tidak mahu lagi diculik walaupun ada pengawal peribadi. Dia mesti belajar mempertahankan dirinya sendiri.

BINTANG CINTA

EPILOG


Empat tahun kemudian,

“Lisa, kamu kena bersedia sekarang sebab dua bulan lagi kamu akan bernikah”, ujar Encik Fauzi. “Ayah, bukan ke terlalu awal untuk Lisa kahwin sekarang. Lisa baru saja balik dah nak kena kahwin. Ayah tahukan Lisa dah ada Shahril dan kami dah setuju kahwin selepas dapat kerja”, terang Lisa. “Lisa, jangan bantah cakap ayah kamu. Ini permintaan kami”, ujar Puan Halimah. Lisa terduduk dan dengan lemah berkata, “Baiklah. Lisa setuju tapi siapa pengantin lelakinya?”. Kamu kenal dia dah lama. Kami dah sama-sama setuju”, ujar Encik Fauzi yang masih enggan memberitahu siapa pengantin lelaki. Malam itu, Lisa menghubungi Shahril. dan “Shahril, dua bulan lagi saya akan berkahwin dan saya terpaksa bersetuju dengan keputusan keluarga saya”, Lisa menangis. “Jangan menangis lagi Lisa. Kita yang akan berkahwin dua bulan lagi. Papa dah beritahu Aril tadi”, ujar Shahril gembira. “What? Kenapa ibu dan ayah tak beritahu Lisa. Saja buat saspen Lisa”, Lisa turut gembira. “Rasanya, ibu dan ayah sengaja buat macam tu. Esok kita sama-sama pergi cari cincin, barang hantaran dan baju untuk pernikahan dan persandingan”, ujar Shahril. Lisa bersetuju dan mengucapkan selamat malam lalu memutuskan panggilan.
Dua bulan kemudian, majlis pernikahan Lisa dan Shahril pun berlangsung pada sebelah pagi di Masjid Putrajaya, Putrajaya. Semua ahli keluarga serta saudara-mara dari pihak Lisa dan Shahril menghadirinya. Majlis persandingan pula diadakan pada sebelah petang, di rumah keluarga Lisa dengan meriah dan begitu juga pada majlis yang berlangsung di rumah keluarga Shahril pada keesokkan harinya. Tetamu yang hadir bagi kedua-dua majlis adalah dari kalangan saudara-mara, rakan-rakan keluarga dan rakan-rakan sekolah mereka. Rakan-rakan mereka, Ikhwan yang sudah berkahwin dengan Nisa, Mei Ling dan Devi sangat gembira melihat pasangan itu yang bercinta dari zaman sekolah sudah mendirikan rumah tangga dan nampak secocok. Mereka mendoakan semoga pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat.
Website Bintang Cinta masih lagi dikendalikan oleh Shahril sekiranya ada masa lapang manakala isterinya, Lisa membantunya sekali-sekala dan sekarang adiknya, Shahira mengendalikan sepenuhnya bersamaa rakan-rakannya dalam memberikan nasihat cinta. Website Bintang Cinta yang selama ini menjadi misteri sudah menjadi website yang terkenal di Malaysia kerana menjadi web terbaik dalam menasihatkan cinta. Website Bintang Cinta yang menyatukan Shahril dan Lisa telah banyak membantu pasangan-pasangan bercinta yang lain sehingga ke jinjang pelamin.

BINTANG CINTA

BAB 17


Peperiksaan SPM sudah tinggal dua hari sahaja lagi, Lisa berjumpa dengan rakan-rakannya serta Shahril dan Ikhwan di pondok sekolah pada petang itu. Lisa memberikan mereka semua hadiah iaitu sebatang pen sebelum SPM kecuali Shahril. Mereka mengucapkan terima kasih pada Lisa dan memberi ruang untuk Lisa dan Shahril untuk berbicara. “Shahril, ni hadiah harijadi untuk awak dari saya. Saya tau, harijadi awak lambat lagi tapi saya sengaja beri awal dan gunakanlah semasa SPM nanti. Saya doakan awak berjaya”, ujar Lisa dan menyerahkannya pada Shahril. “Lisa, saya hadiahkan awak pen ni dan saya juga harap awak gunakannya. Saya juga doakan awak berjaya”, ujar Shahril dan memberikan hadiah kepada Lisa. Dia menggenggam erat tangan Lisa dan tidak mahu melepaskannya. Lisa menarik tangannya dan mengucap terima kasih dan menghilangkan diri dari situ.
Sepanjang peperiksaan SPM berlangsung selama tiga minggu itu, setiap kali Shahril dan Lisa berselisih mereka hanya tersenyum. Shahril tahu Lisa menggunakan pen yang diberikannya sepanjang SPM berlangsung begitu juga dirinya yang menggunakan pen yang diberikan oleh Lisa. Apabila mereka selesai menjawab soalan dan berehat sebelum kertas seterusnya, Lisa dan rakan-rakannya serta Shahril dan Ikhwan akan duduk berbincang mengenai kertas soalan mereka. Hampir setiap hari sepanjang SPM mereka duduk berbincang. Shahril gembira dengan keadaan itu kerana dia hanya dapat bersama Lisa sepanjang waktu itu sahaja. SPM yang akan tamat dua hari lagi memang menggembirakan mereka. Shahril yang sedang melayari website Bintang Cinta seperti biasa ditegur Sharina yang sedang memerhatikannya. “Kak Ina, Aril tengah seronok baca komen-komen dari pengikut kita. Kak, patut ke Aril bercinta dan meluahkan perasaan Aril pada Lisa?”, tanya Shahril. “Aril, akak pernah beritahu Aril yang tak salah Aril bercinta dengan Lisa. Akak rasa ramai yang akan bersetuju”, ujar Shahrina tersenyum lalu meninggalkan Shahril.
Shahril nekad dan menulis mengenai perasaannya pada Lisa dalam website Bintang Cinta. Setelah publishkannya. Dia menerima banyak komen yang memberangsangkan. Mereka semua berharap agar Shahril berjaya melakukannya. Setelah peperiksaan SPM tamat pada hari terakhir, Shahril menarik tangan Lisa ke pondok berdekatan kantin sekolah. Lisa yang ditarik tangannya hanya mampu mengekorinya. “Sakitlah tangan saya, Shahril. Kenapa awak bawa saya ke sini?”, tanya Lisa. “Lisa, saya menyintai awak. Saya dah tak mampu nak nafikan perasaan saya pada awak lagi”, luah Shahril. Lisa menangis gembira mendengar kata-kata Shahril. Shahril mengesat airmata Lisa dengan jarinya. “Shahril, saya dah lama menyukai dan menyintai awak”, ujar Lisa malu-malu ketika Shahril sedang asyik merenung matanya. Shahril memeluk Lisa ke dakapannya.
“Ikhwan, bila masa kau tangkap gambar kami ni. Malu tau. Dahlah kau upload dalam website Bintang Cinta”, ujar Lisa yang malu melihat gambarnya. Shahril hanya tersenyum sahaja melihat Lisa yang sedang memukul Ikhwan dan segera menarik tangan Lisa. “Lisa, biarkanlah. Itu bukti cinta kita”, Shahril berkata selamba sambil memaut bahu Lisa. Ikhwan dan Nisa yang berada di situ berdehem kecil melihat aksi manja mereka. “Woi! Kami couple gak tapi tak semanja korang berdua. Kami dah biasa pun”, usik mereka serentak. Merah padam muka Lisa mendengar kata-kata mereka dan hanya disambut tawa oleh Shahril lalu dia mencubit lengan Shahril dan menjauhkan diri dari Shahril. Sementara menunggu keputusan SPM yang akan keluar dua bulan lagi, Lisa, Shahril, Ikhwan dan rakan-rakannya bekerja di kedai aiskrim kepunyaan Sharina yang baru dibuka sambil bergembira.
Sebaik keputusan SPM diumumkan, Lisa, Shahril, Ikhwan dan rakan-rakannya mengambil keputusan di sekolah. Kesemua mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Lisa dan Shahril dipilih sebagai pelajar terbaik SPM sekolah kerana mendapat keputusan 11A1. Rakan-rakan yang mengambil SPM mengucapkan tahniah kepada mereka selain dari Ikhwan, Nisa, Mei Ling dan Devi. Sharina gembira mendengar berita itu dan belanja mereka makan malam. Ibu dan ayah Lisa dan papa dan mama Shahril juga gembira dengan kejayaan mereka itu. Mama Shahril mengajak Lisa dan keluarganya makan malam di rumah mereka keesokkan harinya.
“Assalamualaikum uncle, auntie dan Lisa. Jemputlah masuk rumah kami”, ajak Shahril. Mereka semua masuk dan menuju ke ruang tamu. “Uncle Fauzi dan Auntie Mah, saya perkenalkan, ni papa saya Izwan, ni mama saya Narina, ni abang saya Azril, ni kakak saya Sharina dan ni adik saya Shahira”, Shahril perkenalkan ahli keluarganya. Izwan menjemput mereka ke ruang makan. Lisa dan ibunya ingin membantu tapi dihalang oleh mama Shahril. Mereka makan malam dengan gembira dan berbual seperti sebuah keluarga bahagia bersama-sama. Shahril dan Lisa gembira melihat ahli keluarga mereka mudah mesra bila bersama dan merestui hubungan cinta mereka.
Selepas beberapa minggu, Shahril mendapat tawaran sambung belajar dalam bidang kejuruteraan di Universiti Incheon, Korea manakala Lisa mendapat tawaran dalam bidang perniagaan di Universiti Murdoch, Australia. Mereka menerima tawaran itu dan akan terpisah selama empat tahun di rantauan. Email dan skype yang menjadi penghubung mereka sepanjang berada di rantauan. Rakan-rakan mereka yang lain hanya belajar di dalam Malaysia sahaja. Mereka juga masih menghubungi mereka melalui email dan skype juga.

BINTANG CINTA

BAB 16


Sekolah mereka menjadi kecoh pada hari itu kerana sudah seminggu ramai yang mencuba memasuki web Bintang Cinta tidak berjaya. Mereka mendapat tahu yang website itu ditutup sementara. Lisa hanya mampu melihat dan mendengar cerita pelajar-pelajar lain dan rakan-rakannya yang tiba-tiba seperti dilanda ombak besar kecohnya. “Lisa, kau tahu tak website Bintang Cinta ditutup. Aku baru je nak minta nasihat darinya”, ujar Mei Ling. “Aku tahu. Aku tak mampu nak halang dia dari berhenti. Dia dah nekad”, bisik Lisa perlahan tapi mampu didengari oleh rakan-rakannya. “Lisa! Kau kenal siapa Bintang Cinta”, jerit Devi sehingga rakan-rakan sekelas mereka yang lain memandang mereka. Lisa terping-pinga melihat semua yang memandangnya. “Aku… Aku tak tahu la. Devi, kau salah dengar agaknya”, ujar Lisa teragak-agak lalu meninggalkan kelasnya.
Lisa mendengar beberapa pelajar yang mengeluh dan tidak berpuashati dengan Bintang Cinta yang tiba-tiba menutup webnya. Shahril dan Ikhwan yang kebetulan melalui situ mendengar Lisa berkata kepada beberapa pelajar di situ, “Korang jangan salahkan Bintang Cinta. Dia ada masalah tersendiri. Saya yakin, yang Bintang Cinta akan beroperasi semula nanti”. “Awak kenal Bintang Cinta?”, tanya seorang pelajar perempuan. “Lisa terdiam seketika melihat lebih ramai lagi pelajar mengerumuninya termasuk rakan-rakannya. “Lisa, kau kenal Bintang Cinta? Ceritakanlah pada kami”, desak Nisa. Lisa memandang mereka semua. Dia tidak mampu berkata apa-apa sehinggalah, Shahril menarik tangannya. Semua pelajar yang ada di situ terkejut melihat aksi Shahril yang selamba itu.
“Kamu semua tak perlu nak paksa dia. Saya adalah orang yang berada di sebalik web Bintang Cinta. Saya dibantu oleh kakak saya, Sharina dan Ikhwan. Dia ni salah seorang klien yang bertuah melihat kami dan jangan ganggu dia lagi. Website Bintang Cinta akan beroperasi semula mulai esok seperti biasa”, ujar Shahril lantang. Dia melepaskan tangan Lisa. Pelajar-pelajar yang pernah mendapat nasihat mereka seperti tidak percaya kerana mereka adalah pelajar terbaik sekolah. Mereka gembira dan mengerumuni Shahril dan Ikhwan. Lisa yang ditinggalkan bersama rakan-rakannya di situ menangis sedih mendengar kata-kata Shahril itu kerana lelaki yang dicintainya akan meninggalkan dia tapi dia bersyukur kerana Shahril sudah mahu mengendalikan semula Bintang Cinta.
Pada petang itu, mereka belajar bersama seperti biasa. Shahril merenung Lisa yang masih tekun membuat latihan. “Lisa, terima kasih. Nasihat awak buat saya sedar mengenai minat saya itu”, ujar Shahril. Lisa hanya mengangguk dan meneruskan latihannya. Nisa, Mei Ling dan Devi yang berada di sebelahnya, mengajak Lisa ke kantin untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Lisa hanya mengikuti mereka. “Lisa, kami kawan baik kau. Ceritakanlah macam mana kau boleh tahu?”, tanya mereka serentak. “Macam yang korang tau, aku salah seorang klien mereka secara kebetulan sebab web yang pop up masa tu web Bintang Cinta kemudian aku tekan enter dan terus dapat sms mereka. Korang tau aku minat Shahril dan satu hari, aku bersms dengan Bintang Cinta masa latihan bola sepak dulu dan masa tu aku tahu dan mereka minta aku rahsiakan”, terang Lisa. “Ikhwan tak beritahu aku pun walaupun aku awek dia. Dia dah kena balun dengan aku tadi”, ujar Nisa hingga menimbulkan tawa rakan-rakannya melihat aksi Nisa menunjukkan dia membelasah Ikhwan.
Selepas tamat perbincangan berkumpulan, mereka semua bersedia untuk pulang ke rumah. Shahril menahan Lisa. “Lisa, saya ada perkara nak bincang dengan awak”, ujar Shahril. Lisa hanya mengekorinya. “Shahril, awak tak perlu lagi nak cakap apa-apa. Saya setuju dengan keputusan awak. Itu yang terbaik untuk awak. Hari pun dah lewat petang saya minta diri dulu”, ujar Lisa panjang lebar lalu mengayuh basikalnya pulang ke rumah. Shahril tidak mampu menghalang Lisa dan hanya mampu melihatnya dari jauh. Website Bintang Cinta yang telah berubah layoutnya menerima banyak komen dari pengikutnya. Antara komen yang menarik hati Shahril ialah dari Mr X yang mengatakan tidak salah untuk mereka bercinta kerana dengan cara itu dapat membantu klien mereka dengan effective. Miss A pula mengatakan yang bercinta juga mampu membuat orang itu berusaha lebih kuat untuk mencapai kejayaan dan banyak lagi komen-komen lain mengenai hubungannya dan Lisa, Ikhwan dan Nisa dan macam-macam lagi komen yang membina.

BINTANG CINTA

BAB 15


Lisa yang sudah berpakat dengan Shafiq dan teman wanitanya terlebih dahulu mengenai luahan perasaannya pada Shafiq. Shahril yang melihat adegan mereka itu merasa sakit hati melihatnya segera pergi dari situ. Shahril semakin tertekan. Dia sudah tidak mampu melihat Lisa dan Shafiq yang semakin mesra apabila bersama di depannya di sekolah. Shahril merasakan dia sudah bersedia untuk menarik diri dari Bintang Cinta setelah seminggu memikirkannya. Dia sudah memberitahu rasa hatinya itu pada Sharina. Sharina terkejut mendengarnya. “Aril, kenapa nak tinggalkan Bintang Cinta? Beritahu akak”, pinta Sharina. “Aril dah tak mampu lagi sebab Aril dah tak ikhlas lagi membantu orang sejak akhir-akhir ni dan SPM tinggal sebulan setengah sahaja”, terang Shahril. “Kenapa Aril tak ikhlas lagi?”, tanya Sharina. “Aril…. Aril…. Menyukai Lisa dan tak mampu lagi nak tengok dia bersama Shafiq lagi”, ujar Shahril lalu pergi ke biliknya.
Sharina gembira kerana Shahril sudah berani meluahkan rasa hati padanya. Sharina menghubungi Lisa memberitahu tentang perkara itu tetapi dia terpaksa menutup website Bintang Cinta mulai minggu depan kerana dia sudah sibuk dengan assignment dan peperiksaan semester. Lisa terkejut mendengarnya dan akan berusaha membantu Sharina memujuk Shahril agar meneruskan Bintang Cinta kerana itu adalah minat Shahril sebelum memutuskan talian. Lisa menghubungi Shafiq dan memberitahunya yang rancangan mereka sudah berjaya. Shafiq dan Diana sudah boleh keluar bersama selepas ini.
Pada petang Sabtu minggu itu, Shahril ternampak Shafiq bersama Diana keluar bersama. Shahril curiga melihat mereka sangat mesra seperti pasangan kekasih. Dia memerhati dari jauh sahaja dan apabila Diana pergi dari situ seketika kerana pergi ke tandas, Shahril mengambil peluang itu menghampiri Shafiq. Bokk… Shahril terus menumbuk Shafiq yang sedang menanti Diana di KFC, Mid Valley. “Woi, yang kau tumbuk aku kenapa?”, tanya Shafiq yang bengang lalu mengesat darah di tepi mulutnya akibat tumbukan Shafiq ke pipi kirinya. “Kau curang dengan Lisa. Lisa percayakan kau”, ujar Shahril berang yang masih mencengkam t-shirt Shafiq. Lisa yang turut berada di situ kerana membeli buku rujukan baru segera meleraikan mereka.
“Korang bergaduh kenapa?”, tanya Lisa. “Shahril yang tiba-tiba datang tumbuk aku. Kita berdua cuma kawan sajakan”, ujar Shafiq. “Betul tu Shahril. Kami berdua hanya kawan. Shafiq dah ada girlfriend. Tu, Diana, awek Shafiq”, terang Lisa sambil menunjukkan Diana yang sedang menuju ke arah mereka. “Shafiq, maafkan aku sebab tumbuk kau. Aku dah salah faham pada kau”, Shahril meminta maaf pada Shafiq. Lisa mengajak Shahril pergi dari situ. “Aril, kenapa awak buat macam tu dan tak tanya saya dulu”, ujar Lisa. “Saya tak nak tengok awak terluka”, terang Shahril. Lisa tersenyum. “Awak tak perlu buat macam tu. Lain kali tanya saya dulu tau. Ok, saya nak balik dah ni”, ujar Lisa selepas mengucapkan selamat tinggal. “Lisa, tunggu dulu. Saya hantarkan awak balik”, pinta Shahril. Lisa mengangguk setuju dan menumpang Shahril menunggang motor dan Shahril menghantarnya ke rumah.
Apabila tiba di rumah Lisa, Lisa menjemputnya masuk ke rumah. Shahril masuk dan duduk di wakaf rumahnya. Ibunya yang sedang menggoreng karipap di dapur terkejut melihat Lisa pulang. “Bila Lisa balik”, tanya Puan Halimah. “Baru je, bu. Lisa balik dengan Shahril. Dia ada kat wakaf dan Lisa ajak dia minum petang bersama kita” ujar Lisa yang sudah membancuh air blackcurrant dan terus membawa ke wakaf bersama tiga biji gelas. Puan Halimah yang sudah selesai menggoreng, menghidangkan karipap dan membuntuti Lisa. “Shahril, jemput minum. Auntie buat kuih karipap je ni”, ujar Puan Halimah dan berlalu pergi ke dapur semula menyediakan teh untuk suaminya yang akan pulang sebentar nanti. “Aril, kenapa awak berhenti dari Bintang Cinta?”, tanya Lisa. “Lisa, hati saya dah tak ikhlas sebab saya dah jatuh cinta dengan klien saya sendiri dan sekarang adalah waktu untuk menumpukan perhatian pada pelajaran”, terang Shahril.
“Aril, saya faham tapi awak memang suka membantu orang dan kenapa awak nak berhenti melakukannya. Awak teruskan sahaja” nasihat Lisa. “Saya tak mampu, Lisa”, ujar Shahril lemah. Lisa gelisah melihat gelagat Shahril. Shahril meminta diri untuk pulang ke rumah selepas bersalam dengan ibu dan ayah Lisa yang baru sahaja pulang dari bermain golf.

BINTANG CINTA

BAB 14


“Lisa, nanti akak datang jemput petang nanti. Ada perkara yang akak nak bincangkan dengan Lisa”, Sharina memberitahu Lisa apabila dia menghubungi Lisa pada pagi Sabtu itu ketika dia bersantai dengan ibu dan ayahnya. “Ok kak Ina. Lisa dapatkan kebenaran ibu dan ayah Lisa dulu”, ujar Lisa lalu memutuskan talian. “Siapa kak Ina, Lisa?”, tanya Puan Halimah. “Kakak Shahril. Ibu, ayah, boleh Lisa keluar dengan dia”, pinta Lisa. “Pergilah Lisa. Ayah dan ibu benarkannya”, ujar Encik Fauzi lalu mengusap kepala satu-satunya anaknya dan Puan Halimah. Lisa gembira dan segera masuk ke rumah menukarkan pakaiannya. Dia memakai seluar jeans biru, kemeja lengan panjang biru laut dan selendang warna senada dengan bajunya.
Sharina yang sudah sampai dijemput masuk oleh ibu Lisa. Sharina yang sedang minum dan bersembang bersama ibu dan ayah Lisa terpegun melihat yang manis berpakaian begitu. Selepas minum, Sharina mengajak Lisa menaiki keretanya. Sepanjang perjalanan, Sharina memberitahu Lisa yang dia akan membawanya berjumpa dengan Shahril. Sharina juga memberitahu Lisa yang dia dan Ikhwan meminta bantuan Shafiq untuk membuatkan Shahril meluahkan rasa hatinya yang sebenar pada Lisa. Lisa faham dengan apa yang mereka lakukan dan dia bersetuju demi memuaskan hatinya.
Ikhwan mengajak Shahril ke Alamanda Putrajaya kerana dia dan Sharina dah mengetahui siapa Mr S itu. Mr S ialah Shafiq iaitu salah seorang pemain pasukan bola sepak sekolah mereka dan sudah memberitahu yang dia sudah bersedia untuk berjumpa Lisa hari ini selepas seminggu mendengar nasihat Sharina untuk memberanikan diri. “Kau biar betul Ikhwan. Baru seminggu dah nak jumpa”, ujar Shahril. “Betullah. Kak Ina dah jemput Lisa dan dia dah setuju. Sekarang mereka dalam perjalanan, Kita tunggu apa lagi, jomlah bergerak”, terang Ikhwan lalu menarik tangan Shahril menuju motor mereka. Selepas itu mereka memecut ke Alamanda Putrajaya. Mereka akan berjumpa di foodcourt.
Sebaik tiba, Lisa dan Sharina menemui Shafiq yang sedang menunggu mereka di sebuah meja bulat berhampiran kaunter air dan lima minit kemudian, Ikhwan dan Shahril pun tiba. Sepanjang masa itu, mereka banyak berbual kecuali Shahril yang mendiamkan diri. Shahril cemburu melihat Lisa yang rancak berbual dengan Shafiq. Dia yang mahu pergi di situ ditegur Shafiq, “Aril, dari tadi aku tengok kau diam je kenapa? Selama ni kau tak pernah diam kalau berbual?”. Shahril tidak jadi beredar lalu duduk semula dan berkata, “Takde pape la. Aku takde mood je”, ujar Shahril. “Lisa ada cerita kat aku yang kau ada jumpa dia dalam panggung wayang kat Mid Valley. Betul ke?”, tanya Shafiq. “Itu kebetulan sahaja sebab cerita yang kami tonton sama”, ujar Shahril.
“Lisa, awak sudi tak jadi teman wanita saya”, lamar Shafiq tiba-tiba dengan muka selamba di hadapan mereka. Shahril yang melihat aksi Shafiq itu, Shahril sudah tidak mampu menjadi penonton segera pergi dari situ sebelum hatinya bertambah sakit. Lisa terkejut dan hanya mampu menghantar pemergian Shahril dengan ekor mata. “Kak Ina, Lisa pun nak balik. Lisa dah agak perkara macam ni akan terjadi. Biar Lisa sendiri usahakannya”, ujar Lisa selepas mengucapkan terima kasih pada Ikhwan dan Shafiq. Sharina bersetuju dan membawanya pulang. Sebaik tiba di rumah Lisa, Sharina menasihatkan Lisa agar jangan bersedih dan lebih bersemangat untuk menawan hati Shahril.
“Lisa, sebelum kamu semua ambil peperiksaan SPM, harijadi Shahril jatuh pada hari pertama SPM. Kak Ina harap kamu dapat berikannya sesuatu dan buat masa sekarang kamu belajar bersama macam biasa”, pinta Sharina. Lisa bersetuju dan terus masuk ke rumah. Sharina terus pulang ke rumahnya. Dia menemui Shahril dan berkata, “Shahril, kenapa kamu pergi macam tu sahaja. Lisa menolak Shafiq kamu tau tak”, terang Sharina. “Kenapa Lisa menolak. Tadi saya tengok rancak mereka berbual”, ujar Shahril. “Dia masih tak dapat lupakan lelaki idamannya sebab itu sekarang dia menumpukan perhatian pada pelajarannya. Sudahlah, akak nak mandi, solat dan makan”, terang Sharina yang terus ke biliknya.
Shahril gembira tapi sedih kerana terikat dengan janjinya pada website Bintang Cinta. Dia mula memikirkan semasak-masaknya sama ada perlu dia meninggalkan Bintang Cinta atau tidak sekiranya dia meluahkan hatinya pada Lisa. Shahril pergi ke study group dengan Ikhwan seperti biasa. Dia pelik kenapa Lisa ceria dan gembira sahaja sepanjang mereka mengulangkaji. Selama seminggu Shahril memerhatikan tingkah Lisa, dia sudah tidak mampu menahan dirinya bertanya, “Lisa, kenapa sejak akhir-akhir ni awak gembira?”. “Apa salahnya saya gembira. Saya dah lupakan sepenuhnya lelaki idaman saya itu dan bersedia menerima Shafiq. Esok saya akan jumpa Shafiq dan beritahu jawapan saya”, ujar Lisa selamba lalu pergi dari situ.
Shahril merasakan hatinya seperti dirobek mendengar luahan Lisa. Dia hanya tersenyum lemah dan terus pergi dari situ. Dia tidak akan meninggalkan Bintang Cinta dan sekarang pelajaran adalah penting untuknya. Lisa gembira melihat perubahan wajah Shahril apabila dia berkata begitu. Dia akan cuba sedaya upaya menawan hati Shahril agar menerimanya sebagai teman wanitanya tetapi dia bukan terdesak. Dia sudah membelikan hadiah harijadi untuk Shahril sebelum SPM bermula yang tinggal dua bulan sahaja lagi iaitu sebatang pen mata bulat Carrera yang mahal untuk Shahril. Dia juga membelikan pen jenama yang sama tapi murah untuk rakan-rakannya dan Ikhwan agar mereka tidak mengesyakinya.

BINTANG CINTA

BAB 13


Shahril berjumpa Ikhwan yang sedang menunggunya di panggung wayang. Mereka terus masuk ke dalam panggung. Sebaik sahaja mereka masuk, Shahril baru menyedari bahawa Lisa juga menonton cerita yang sama dan dia duduk bersebelahan dengan Lisa. Lisa terkejut melihat Shahril dan hanya membiarkannya duduk di sebelahnya. Ikhwan pula sudah menghilangkan diri. Selepas tamat cerita yang mereka tonton, Lisa dan rakan-rakannya terus keluar. Shahril hanya mampu melihat sahaja. Lisa mengajak rakan-rakannya makan tengah hari bersama di KFC sebelum balik ke rumah.
Sebaik tiba di rumahnya, Shahril tidak mempercayai yang Lisa sudah mengetahui identitinya dan dia tidak menyangka Lisa adalah salah seorang kliennya. Dia harus berjumpa Lisa segera. Pada waktu rehat keesokkan harinya, Shahril menemui Lisa di meja yang selalunya Lisa dan rakan-rakannya duduk. “Lisa, lepas habis waktu sekolah, saya nak jumpa awak”, bisik Shahril. Lisa bersetuju. Shahril segera pergi dari situ. “Wah! Sejak bila dah pandai bisik-bisik ni”, usik Devi. “Takde pape la”, ujar Lisa selamba meneruskan suapan nasi lemaknya. Nisa, Devi dan Mei Ling pelik dan hanya meneruskan makan. Selepas tamat waktu persekolahan, Shahril yang ternampak Lisa dan rakan-rakannya sudah menunggang basikal pulang ke rumahnya.
Dia mengekori Lisa sampai ke rumahnya. Lisa terperanjat melihat Shahril berada di depan rumahnya. Dia mengajak Shahril masuk ke rumah. Selepas makan tengah hari bersama dan solat Zohor, Shahril meminta kebenaran ibu Lisa membawa Lisa keluar. Ibu Lisa membenarkan. Shahril membawa Lisa ke rumahnya. Mama dan adik Shahril terkejut melihat Shahril membawa Lisa bersamanya menjemput Lisa masuk ke rumah mereka. Lisa duduk di ruang tamu ditemani Shahira. “Kak Lisa ni girlfriend abang Shahril ke?”, tanya Shahira. Lisa yang sedang minum air milo yang dihidangkan mama mereka hampir tersembur air yang diminumnya. “Kakak cuma kawan Shahril je. Dia kata ada perkara dia nak bincang dengan akak”, terang Lisa.
Shahril memanggil Lisa ke biliknya. “Lisa, saya harap awak dah lupakan lelaki idaman awak tu. Saya juga harap awak tolong rahsiakan tentang kami bertiga dari kawan-kawan sekolah kita”, ujar Shahril. “Saya akan rahsiakan, lagipun saya bukan klien Bintang Cinta lagi. Saya masih tak faham kenapa awak tak boleh bercinta. Ikhwan dan kak Ina bebas bercinta dan bahagia dengan pasangan mereka?”, tanya Lisa. “Saya dah berjanji kepada setiap klien saya. Saya orang yang pegang pada janji”, terang Shahril. Lisa sedih mendengar jawapan Shahril lalu menyuruh Shahril menghantarnya balik.
Malam itu, Lisa menelefon Sharina yang Shahril dah tahu siapa dirinya dan dia juga dah menamatkan hubungan dengan Bintang Cinta. Sharina menasihatkan Lisa jangan berputus asa dan lupakan seketika masalah cintanya itu dan berusaha mendapatkan keputusan yang baik dalam percubaan SPM yang akan bermula esok. Lisa bersetuju dan memutuskan talian selepas mengucapkan selamat malam. Sharina menghubungi Ikhwan agar memikirkan cara untuk merapatkan hubungan Shahril dan Lisa sebelum SPM bermula. Ikhwan memberitahu Sharina yang ada rakan bola sepaknya iaitu Shafiq sudi membantu mereka selepas Ikhwan membantunya mendapatkan gadis idamannya. Sharina gembira dan dia akan pulang tiga minggu selepas Ikhwan habis percubaan SPM dan berjumpanya. Sharina memutuskan talian selepas itu.
Selepas tiga minggu peperiksaan percubaan SPM pun tamat. Lisa dan rakan-rakannya membuat study group dengan Ikhwan dan Shahril demi pelajaran. Mereka lebih menumpukan kepada ulangkaji sahaja. Seminggu kemudian keputusan percubaan SPM dan mereka semua mendapat keputusan yang cemerlang. Shahril gembira apabila kakaknya, Sharina juga ada di sekolah menemuinya. “Shahril, ada perkara yang akak nak bincangkan. Kita jumpa di rumah je”, ujar Sharina. Shahril bersetuju lalu pulang ke rumah segera. Di rumah, Shahril terus berjumpa Sharina di bilik kakaknya. “Kak Ina nak bincang apa?”, tanya Shahril. “Semalam akak akses dan ada klien baru akses sama, namanya Mr S dan dia beritahu yang dia menyukai Lisa. Akak tak tahu nak bagi nasihat apa”, ujar Sharina. “Akak bagi nasihat macam biasa je. Shahril takde kena mengena dengan Lisa. Kami kawan saja”, ujar Shahril lemah lalu ke biliknya.

BINTANG CINTA

BAB 12


Di sekolah, Lisa berusaha menjauhkan dirinya dari Shahril. Setiap kali melihat kelibat Shahril dia melarikan diri. Dia tidak dapat mengelak berjumpa Shahril apabila latihan pasukan bola sepak setiap petang. Nisa, Devi dan Mei Ling sudah dua minggu memerhatikan gelagat Lisa yang mengelak dari Shahril. Apabila mereka buat study group pada setiap petang, Lisa banyak mendiamkan diri dan membuat kerja sekolahnya. Nisa menegur Lisa, “Kau kenapa. Lisa? Sejak akhir-akhir ni kau nampak menjauhkan diri dari Shahril saja. Ada masalah ke?”. “Aku takde pape la. Aku biasa je”, ujar Lisa lalu pulang ke rumahnya bersama mereka.
Di rumah, Lisa bersama kawan-kawannya membuat kerja sekolah bersama seperti biasa. “Nisa, aku tak dapat join study group hari ni tau. Aku nak jumpa Cikgu Mazlan nak letak jawatan sebagai pembantu jurulatih dan tumpukan pada pelajaran sebab tinggal dua minggu je lagi percubaan SPM”, terang Lisa lalu menunggang basikalnya ke sekolah. Nisa, Devi dan Mei Ling segera mengambil basikal mereka mengekori Lisa kerana seperti biasa, mereka akan mengulangkaji pelajaran bersama Shahril dan Ikhwan. Sebaik tiba di sekolah, Nisa menghalang jalan Lisa. “Lisa, kau tak payah nak jadikan itu alasan kau. Kitaorang dah lama perhatikan kau. Kau nak jauhkan diri dari Shahrilkan”, ujar mereka serentak. Lisa tidak menyangka tekaan rakan-rakannya itu tepat. “Ya, memang. Lagipun aku saja ada hati pada dia tapi dia anggap aku kawan saja. Korang semua jangan masuk campur lagi, aku nak jumpa Cikgu Mazlan sekarang”, terang Lisa lalu segera pergi ke bilik persalinan pasukan bola sepak dan berjumpa Cikgu Mazlan di pejabatnya.
“Cikgu, ni surat perletakkan jawatan saya memandangkan cikgu dah balik dan sekarang saya boleh menumpukan perhatian pada pelajaran saya sebab percubaan SPM tak lama lagi”, ujar Lisa lalu memberikan surat perletakkan jawatan kepada Cikgu Mazlan. “Baiklah, saya ucapkan terima kasih bagi pihak pasukan bola sepak sekolah”, ucap Cikgu Mazlan. Lisa segera pergi dari situ. Semasa dalam perjalanan mengambil basikalnya, dia merasakan tangannya ditarik seseorang. “Lisa, kenapa awak tak beritahu saya dulu awak nak letak jawatan?”, tanya Shahril. “Kenapa harus saya beritahu awak. Saya boleh buat keputusan sendiri. Pelajaran lagi penting bagi saya. Dah la, saya nak balik rumah. Bye…”, Lisa merentap tangannya dari genggaman tangan Shahril lalu menunggang basikalnya pulang ke rumah. Shahril terpinga-pinga di situ.
Malam itu, Shahril memikirkan kenapa Lisa berubah sejak dua minggu lepas dan tidak berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum meletakkan jawatan sebagai pembantu jurulatih. Lisa juga sudah kurang bercakap dengannya bukan seperti sebelum ini yang senantiasa melayan karenahnya semasa ulangkaji bersama atau semasa sesi latihan bola sepak. Shahril semakin buntu memikirkan gadis yang dicintainya itu. Kakaknya Sharina pula sedang sibuk mengemas pakaian kerana minggu depan sudah mula semester baru dan dia tidak mahu mengganggu kakaknya. Shahril tidak dapat menumpukan pada ulangkajinya lalu menutup lampu bilik dan terus tidur.
Sejak meletakkan jawatan, Lisa semakin jauh dari Shahril. Lisa lebih suka menyendiri dan sudah hampir seminggu dia tidak bersama rakan-rakannya. Seminggu sebelum percubaan SPM, Lisa menegur Nisa, Devi dan Mei Ling, “Hai, korang semua buat apa?”. Mereka menoleh dan melihat Lisa lantas memeluknya. “Lisa, kenapa kau jauhkan diri dari kami juga. Kami rindukan kau tau tak”, ujar mereka serentak dengan tangisan. “Korang semua janganlah menangis, karang aku pun nangis juga. Aku tenangkan diri aku. Aku dah berjaya melupakan Shahril sedikit demi sedikit”, terang Lisa. Mereka terkejut mendengarnya. Mereka hanya mampu tersenyum. “Korang, sejak Lisa takde, group kita tak cukup korum la. Sekarang Lisa dah bersama kita, apa kata kita pergi tengok wayang Sabtu ni sama-sama untuk release tension”, ujar Mei Ling. Mereka mengangguk setuju.
Tepat pukul 10 pagi pada hari Sabtu itu, Mereka menaiki komuter ke Mid Valley. Lisa dan Devi membeli tiket wayang manakala Nisa dan Mei Ling membeli popcorn dan air. Cerita yang mereka akan tonton bermula pada pukul 11.30 pagi. Mereka ada sejam untuk berjalan-jalan. Mereka berpecah dan akan berjumpa semula lima minit sebelum cerita bermula. Lisa pergi ke Teddy Tales kerana dia tertarik dengan barangan yang comel terdapat di situ. Sepanjang berada di sana dia tidak menyedari bahawa Shahril turut berada di situ juga. Lisa menghantar sms kepada Bintang Cinta mengatakan yang dia sekarang sudah menerima bahawa lelaki idamannya menganggapnya sebagai rakan. Shahril a.k.a Bintang Cinta membalas, mengucapkan tahniah dan mengharapkan Miss L berjumpa lelaki yang lebih baik.
Shahril mendengar bunyi sms masuk tidak jauh dari tempatnya berdiri segera menoleh kearah itu. Shahril dan Lisa masing-masing tergamam. “Awak, Miss L?”, tanya Shahril. “Awak Bintang Cinta?”, balas Lisa dengan pertanyaan lalu segera pergi dari situ. Shahril yang baru sahaja memilih barangan untuk hadiah harijadi adiknya, Shahira segera membayar dan mengejar Lisa tapi apakan daya, Lisa sudah hilang dari pandangannya.

BINTANG CINTA

BAB 11


Sebaik bas sekolah yang membawa pasukan bola sepak tiba di perkarangan sekolah, Shahril selaku kapten pasukan berjumpa pengetua di pejabat. Dia memaklumkan kemenangan pasukannya. Pengetua mereka gembira dengan kejayaan mereka. Dia berjanji akan belanja pasukan bola sepak makan malam pada hari itu di Cozy Corner, Putrajaya. Shahril bersetuju. Dia segera memaklumkan kepada Lisa dan pasukannya. Mereka melonjak gembira. Mereka semua tidak masuk ke kelas kerana diberi rehat. Lisa dan Nisa, pergi ke kelas setiap ahli pasukan bola sepak untuk mendapatkan nota serta kerja sekolah yang perlu disiapkan oleh mereka.
Lisa dan Nisa menyerahkan nota serta kerja sekolah pada setiap ahli pasukan. Nota serta kerja sekolah untuk Shahril, Lisa serahkan akhir sekali. “Lisa, pukul dua petang nanti kita jumpa dekat sekolah dengan kawan-kawan awak dan Ikhwan. Saya nak ulangkaji pelajaran sebab SPM dah tinggal tiga bulan dan bulan depan dah percubaan SPM pula”, ujar Shahril. Lisa bersetuju. “Kita jumpa kat pondok depan kantin sekolah ni. Jangan lambat tau”, ujar Lisa lalu meminta diri untuk pulang. “Lisa, saya hantarkan awak balik”, tegur Shahril. “Awak tunggu sini kejap. Saya tanya Nisa dulu sebab dia kata nak balik dengan saya”, ujar Lisa lalu pergi pada Nisa. Beberapa minit kemudian, Lisa kembali pada Shahril yang sedang menunggunya.
“Nisa dan Ikhwan balik bersama. Saya dah bagitahu program kita pukul 2 petang. Devi dan Mei Ling pun saya dah bagitahu”, terang Lisa. “Ok. Cepatlah naik, saya hantarkan awak sampai depan rumah awak”, ujar Shahril. Lisa ingin menolak tapi akur akhirnya bila Shahril sudah menghulurkan helmet padanya. Lisa mengucapkan terima kasih sebaik dia tiba di rumah kepada Shahril. Shahril mengambil helmetnya dan tersenyum lalu memecut balik ke rumahnya. “Siapa pakwe handsome yang hantar Lisa tadi”, usik Puan Halinah yang ternampak Shahril dan Lisa di depan rumah. Muka Lisa bertukar merah diusik sebegitu oleh ibunya dan berkata perlahan, “Dia kapten pasukan bola sepak sekolah, namanya Shahril”.
“Lisa mandi, solat dan makan sekali dengan ibu nanti”, ujar Puan Halimah. Lisa mengangguk lalu pergi ke biliknya. Semasa dia dan ibunya sibuk menyediakan makan tengah hari, ayahnya pulang. “Awal abang balik hari ni”, tegur Puan Halimah. “Abang baru balik dari tapak projek syarikat abang kerja dekat sini. Bila dah dekat macam ni, baik abang balik rumah makan tengah hari dengan awak dan Lisa lagi sedap dari makan luar”, ujar Encik Fauzi. Lisa tersenyum melihat kemesraan ayah dan ibunya. Mereka menjamu selera bersama. Selepas makan tengah hari dan bersolat di rumah, Encik Fauzi meminta diri. Lisa pula meminta diri juga kerana hari ini dia dan rakan-rakannya beserta Shahril dan Ikhwan akan belajar bersama di sekolah.
Pada malam itu, Lisa yang berseluar jeans biru, berblaus pink dan bertudung warna yang sama di jemput oleh Shahril di rumahnya. Shahril pula segak dengan jeans biru dan kemeja lengan pendek berwarna pink seperti couple sahaja sebaik tiba di Cozy Corner, Putrajaya selain Ikhwan dan Nisa yang pasukan bola sepak ketahui memang couple. “Pewitt.. Ada couple baru dalam pasukan kita”, usik Hariharan. “Betul tu Hari. Sejak bila kapten kita couple dengan pembantu jurulatih kita yang comel ni”, usik Alex pula. “Kamu berdua sudahlah. Saya dengan Lisa takde pape. Kebetulan je. Lagipun tadi si Ikhwan yang suruh saya jemput Lisa”, ujar Shahril selamba lalu menyuruh Lisa duduk di sebelah Nisa sementara dia duduk di sebelah Lisa. Muka Lisa bertukar merah diusik sebegitu oleh mereka.
“Kapten, awek sebelah kapten tu dah merah mukanya. Takkanlah takde pape kot”, sakat Ikhwan pula. Nisa mencubit tangan Ikhwan yang menyakat rakannya itu. Ikhwan mengaduh sakit dan di sambut tawa oleh rakan-rakannya. Sebaik sahaja pengetua tiba, mereka terus senyap. Pengetua mereka yang sudah menempah makan malam, menyuruh Shahril membaca doa sebaik sahaja makanan disajikan. Mereka makan dengan tertib sekali. Selepas selesai makan, pengetua mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pasukan bola sepak sekolah mereka diatas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah.
Selepas itu mereka pulang ke rumah masing-masing. Shahril menghantar Lisa balik ke rumahnya. Sebaik tiba di rumah Lisa, Shahril berkata, “Lisa, saya harap kita akan terus jadi kawan baik seperti sekarang”. Lisa hanya mengangguk lemah kerana hatinya sudah retak bila Shahril berkata begitu terus masuk ke rumah. Shahril terus pulang ke rumah. Lisa berjanji kepada dirinya yang dia harus menjauhkan diri dari Shahril selepas dia menyerahkan jawatannya semula kepada Cikgu Mazlan sebaik dia pulang.

BINTANG CINTA

BAB 10


Selepas solat subuh, Lisa membantu ibunya memasak dan membungkus bihun goreng untuk pasukan bola sepak sekolahnya. Selepas siap, ibunya menghantar dia dan bungkusan itu ke sekolah. Shahril dan Ikhwan yang menunggunya di depan bas sekolah segera membantunya membawa bungkusan itu ke dalam bas. Selepas bersalam dengan ibunya, dia menaiki bas itu dan mahu tak mahu dia harus duduk di sebelah Shahril kerana Nisa duduk di sebelah Ikhwan dan bas sekolah mereka juga sudah penuh dengan bungkusan makanan, tong air, tiga kotak air mineral botol kecil, satu kotak air mineral botol besar, tong ais dan sebotol jus blackcurrant di bahagian belakang.
Mereka tiba di sekolah itu pada pukul 7.45 pagi. Para pemain membantu Lisa dan Nisa mengeluarkan barangan dan diletakkan di khemah mereka. Mereka bersarapan pagi terlebih dahulu dan perlawanan itu akan bermula pada pukul 9.00 pagi. Selepas sarapan, para pemain turun ke padang untuk aktiviti pemanasan badan sementara Lisa dan Nisa mengemas sampah bungkusan makanan mereka dan membuat air blackcurrant untuk pasukan mereka. Selepas selesai, Lisa menyuruh Nisa menjaga barangan mereka semua kerana dia ingin ke tandas. Selepas bertanya kepada guru di situ tandas sekolah mereka, Lisa segera bergegas ke sana. Semasa dia mahu ke khemah selepas ke tandas, dia diganggu oleh seorang budak lelaki yang mengenalinya iaitu Arif.
“Hai Lisa. Bertuahnya aku dapat jumpa kau kat sekolah aku ni. Tak sangka kau makin cantik sekarang”, usik Arif. Lisa benci melihat Arif kerana Arif juga, dia pernah di denda ketika mereka satu sekolah rendah kerana kerja sekolah matematik yang dipinjamkan kepada Arif tidak di bawa Arif ke sekolah. Sejak itu, Lisa membencinya. Lisa menepis tangan Arif yang cuba menarik tangannya dan dia bernasib baik kerana tiba-tiba Shahril muncul entah dari mana menarik tangannya pergi dari situ. “Shahril, terima kasih sebab selamatkan saya”, ucap Lisa. Shahril memandang Lisa dan hanya mengangguk sementara tangannya masih memegang tangan Lisa. Lisa cuba melepaskan tangannya dari genggaman Shahril. Shahril tersedar segera melepaskannya.
Nisa dan Ikhwan yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri hanya menjadi pemerhati. Ikhwan yang membawa telefon bimbitnya menghubungi Sharina. “Kak Ina, kita mesti bantu dua makhluk yang ego depan mata saya ni. Akak datang kat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko sekarang dan tengok sendiri perangai mereka”, terang Ikhwan. Sharina bersetuju lalu memandu Honda Civicnya ke sekolah tersebut. “Wan, siapa kak Ina?”, tanya Nisa. “Kak Ina tu kakak Shahril”, ujar Ikhwan lalu berlari ke padang kerana perlawanan akan dimulakan sebentar lagi. 15 minit kemudian, Sharina tiba dan berjumpa dengan Lisa dan Nisa di khemah. “Kak Ina, akak buat apa kat sini”, Lisa terjerit kecil kerana dia gembira melihat Sharina.
“Ikhwan suruh akak datang tadi, sebab tu akak ada di sini. Lagipun akak nak tengok juga skill Shahril dan Ikhwan bermain bola”, bohong Sharina kerana dia sebenarnya datang melihat telatah Lisa dan Shahril. Lisa memperkenalkan Sharina kepada Nisa. Selepas 45 minit perlawanan, sekolah mereka mendahului 1-0. Mereka akan berehat selama 10 minit. Sebaik para pemain keluar padang, Lisa, Nisa dan Sharina memberi mereka minuman. Shahril yang berehat di dalam khemah tidak menyedari kehadiran kakaknya. “Lisa, tolong berikan saya air mineral”, jerit Shahril. Lisa segera mengambilnya dan memberikan kepada Shahril.
“Lisa, awak rasa bagus tak permainan kami tadi?”, tanya Shahril. Lisa yang baru sahaja mahu membantu Nisa dan Sharina terkejut dan duduk semula di sebelah Shahril. “Permainan kamu semua memang bagus tapi saya bimbang dengan barisan pertahanan sebab beberapa kali hampir saja pasukan lawan membolosi gawang kita. Saya rasa awak turunkan beberapa pemain pertahanan kita yang bagus dan keluarkan pemain yang kurang cergas”, terang Lisa. Shahril bersetuju dan tiba-tiba dia rebah di sisi Lisa kerana terlalu asyik melihat wajah Lisa. Lisa terkejut dan hanya membiarkannya. “Amboi! Amboi! Bagusnya perangai merpati dua sejoli ni”, tegur Sharina yang melihat aksi Shahril itu. Mereka berdua terkejut. Lisa segera bangun dan pergi ke tempat Nisa sedang berehat.
Shahril yang malu apabila kakaknya menyaksikan sendiri aksinya itu. “Bila akak datang. Semalam Aril ajak akak tak nak pula”, ujar Shahril. “Akak dah setengah jam kat sini. Ikhwan yang suruh akak datang juga”, ujar Sharina. “Dah lama juga akak kat sini tapi kenapa Aril tak nampak?”, tanya Shahril. “Mana kamu nak nampak dah buah hati kamu ada depan mata kamu”, usik Sharina. Shahril tersenyum malu. “Aril tak tahu kenapa Aril buat macam tu. Aril patut jauhkan diri Aril dari dia tapi hati Aril sentiasa ingin bersama dia. SPM dah makin hampir kak, Aril tak patut jatuh hati pada dia”, bisik Aril kepada kakaknya. “Tak salah untuk jatuh hati Aril. Akak rasa lebih baik kamu berdua mula belajar bersama dan akan dapat mengeratkan hubungan kamu.
Shahril bersetuju. Selepas itu dia masuk ke padang dan menggantikan dua pemain yang kurang cergas dan menasihatkan barisan pertahanan mengawal gawang mereka lebih ketat lagi. Sebaik permainan dimulakan, Shahril sebagai kapten pasukan mengarahkan pemain bersedia menyerang dan bertahan. Selepas 45 minit, pasukan Shahril memperolehi kemenangan 2-0. Shahril bangga dengan pasukannya.

BINTANG CINTA

BAB 9


“Kenapa Shahril tiba-tiba baik dengan aku hari ni dan bila dia melakukan sesuatu padaku, kenapa aku boleh jadi lemah dan takut dengannya. Sebelum ni, aku tak pernah takut dengan orang lain kecuali dia sejak aku jadi penolong jurulatih atau dia dah tau ke yang aku dah tau dia salah seorang pengendali misteri website Bintang Cinta. Aku kena jauhkan diri darinya mulai sekarang”, bisik Lisa dalam hatinya semasa berjalan mengambil basikalnya selepas tamat latihan bola sepak. Tiba-tiba Nisa menegurnya, “Woi! Tadi ada orang tu berpeluk sakan nampak”. Lisa terkejut terus mencubit Nisa di sisinya. Nisa mengaduh sakit dan Lisa tersenyum kecil. “Kitaorang bukan sengaja nak berpeluk macam kau dengan Ikhwan. Tadi aku nak terjatuh, dia selamatkan aku sebab tu kitaorang tak sedar sampai terpeluk”, terang Lisa.
“Yelah tu. Tadi Ikhwan cakap dengan aku, lepas Shahril blah kau tercegat macam patung cendana dan bila dia tegur baru kau bergerak kat aku”, usik Nisa. Lisa tersenyum malu. Dia mencubit pipi Nisa yang montel itu. Nisa mengaduh lagi. Ikhwan yang berada tidak jauh dari mereka segera ke sana apabila melihat buah hatinya di dera Lisa. “Cik Lisa, kenapa suka dera buah hati saya yang comel ni?” tegur Ikhwan. Mereka berdua terkejut. Nisa mengambil kesempatan itu bersembunyi di belakang Ikhwan untuk menyakat Lisa lagi. “Buah hati kau tu, tak habis-habis mengusik aku tentang Shahril”, ujar Lisa sambil tangannya cuba menangkap Nisa yang menyorok di belakang Ikhwan. “Apa salahnya. Memang betul pun. Kau tu perlukan bantuan. Cakap besar je lebih tapi hati tu memang tak boleh jauh dari Shahril”, ejek Ikhwan lalu menarik Nisa agar segera lari dari Lisa. Mereka lari berkejaran di kawasan letak basikal.
Shahril yang ternampak Lisa yang mesra dengan Ikhwan merasa cemburu walaupun dia tahu Nisa juga berada di situ. Dia mendekati mereka. Lisa yang menyedari kehadiran Shahril menarik tangan Nisa dan mengajaknya pulang ke rumah. Ikhwan dan Shahril hanya mampu memerhati melihat mereka berdua beredar dari situ. “Ikhwan, kau memang rapat dengan Lisa juga ke?”, tanya Shahril yang cemburu. “Memanglah. Diakan kawan baik Nisa. Okla, aku nak balik ni. Mak aku suruh aku belikan barang untuk dia”, ujar Ikhwan lalu menunggang motorsikalnya. Shahril juga pulang ke rumah menunggang motorsikalnya.
Malam itu, Shahril asyik memikirkan tentang Lisa sahaja sehingga dia tidak fokus pada kerja sekolahnya yang bertimbun. “Kenapa Lisa boleh mesra dengan orang lain tapi bukan aku”, Shahril berbisik dalam hatinya. Dia keluar dari biliknya menemui kakaknya di bilik. “Kak Ina, Aril nak tanya sesuatu boleh”, ujar Shahril. Sharina yang sedang sibuk meneliti website Bintang Cinta memandang Shahril dan berkata, “Tanyalah Aril”. “Akak rasa, patut tak Aril kendalikan website Bintang Cinta lagi? Aril pernah beritahu akak yang Aril takkan jatuh cinta tapi sekarang Aril dah tak keruan kak”, terang Shahril. “Kenapa pula tak boleh. Kamu yang berjanji begitu dan tak ada salahnya kamu jatuh cinta. Dalam masa yang sama kamu akan lebih memahami hati orang yang jatuh cinta”, ujar Sharina.
“Aril rasa tak boleh kak. Aril rasa diri ni dah mengkhianati janji”, ujar Shahril. “Aril, akak rasa kamu salah. Akak nak kamu fikir masak-masak dulu sebelum undurkan diri”, pujuk Sharina. Shahril keluar dari bilik kakaknya terus ke biliknya. Selepas menyiapkan kerja sekolahnya, Shahril menerima sms dari Miss L yang tiba-tiba tidak menjawab smsnya semalam berbunyi, saya tak tahu kenapa hari ni Mr S baik dengan saya sedangkan semalam dia membuli saya. Saya nekad untuk menjauhkan diri darinya. Shahril membalas sms itu, Awak tidak harus melakukan begitu Miss L. Mungkin dengan cara ini awak akan dapat mencuri hatinya perlahan-lahan. Kiriman sms dari Miss L tamat begitu sahaja.
Pada malam itu, Lisa mengikut nasihat Sharina agar terus bersms dengan Shahril agar dia tidak mengesyaki Lisa sudah mengetahui siapa dirinya. Lisa cuma mampu menghantar satu sms sahaja kerana dia sendiri mahu menjauhkan diri dari Shahril. Apabila mendapat sms sebegitu, Lisa tekad menawan hati Shahril. Lisa teringat bahawa esok ada perlawanan bola sepak antara sekolahnya dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko di sana. Shahril juga sudah memberikannya duit untuk perbelanjaan makan dan minum pasukannya kepada Lisa. Dia segera menemui ibunya. “Ibu, tadi Lisa dah beritahu ibu yang kami perlukan bantuan ibu untuk menyediakan makanan dan minuman untuk perlawanan esok tak?”, tanya Lisa. “Lisa dah beritahu ibu petang tadi dan ibu dah belikan bahan-bahannya. Esok Lisa tolong ibu masak ye”, ujar Puan Halimah.

BINTANG CINTA

BAB 8


Semalam, Ikhwan memberitahu Sharina mengenai Lisa yang sudah mengetahui tentang pengendali website Bintang Cinta dan turut memberitahu bahawa Lisa menyukai adiknya itu. Hari ini, dia mesti berjumpa dengan Lisa selepas waktu sekolah tamat tanpa dilihat Shahril. Selepas memastikan Shahril sudah keluar dari kawasan sekolah, Sharina mencari Lisa. Ikhwan telah memberitahunya yang Lisa kebiasaannya akan pulang dengan tiga rakannya iaitu Nisa, Devi dan Mei Ling. Setelah memastikan orangnya, Sharina mengekori mereka ke rumah Lisa yang tidak jauh dari sekolah menaiki kereta Honda Civicnya.
Sebaik Lisa tiba di rumah, dia adalah orang terakhir yang masuk ke rumah kerana mengunci pintu pagar rumahnya. Tiba-tiba dia ditegur oleh seorang perempuan yang tidak dikenalinya. “Adik ni Lisa ke?” tanya Sharina. “Ya saya kak. Saya tak kenal akak. Akak orang baru kat sini ke?”, tanya Lisa pula. Sharina tersenyum dan berkata tidak. Dia mengajak Lisa keluar bersamanya sebentar. “Saya tak kenal akak, saya tak berani nak ikut”, ujar Lisa. “Awak kenal Shahrilkan. Saya kakak Shahril, Sharina. Ada perkara yang akak nak bincangkan dengan Lisa”, terang Sharina. Lisa tersenyum lalu meminta untuk mendapatkan kebenaran dari ibunya untuk keluar seketika.
Lisa menjemput Sharina masuk ke rumahnya. Selepas 15 minit menunggu, Lisa sudah siap berpakaian keluar bersama Sharina. Sharina membawanya ke Bangi Kopitiam. Setelah duduk di situ, Sharina menerangkan maksud kenapa dia ingin berjumpa dengan Lisa. “Lisa, akak tahu kamu dah tahu siapa pengendali website Bintang Cinta. Kamu nak ikut akak balik ke rumah akak tak?”, tanya Sharina. “Tak payahla kak. Lagipun saya banyak kerja sekolah”, ujar Lisa. Sharina yang faham dengan segera mengeluarkan laptopnya dan menunjukkan Lisa website Bintang Cinta. Ketika dia mengakses masuk, ada pelayar yang turut mengakses masuk.
Sharina melayan pelayar itu yang dikenali sebagai Miss A. Miss A sangat menyukai Mr C yang sekelas dengannya tapi dia malu menegurnya kerana Mr C adalah pelajar terbaik di sekolah. Miss A juga pelajar terbaik tapi dia sangat pemalu dan sukar didekati pelajar lain sekiranya ingin bantuannya dalam pelajaran. Dia meminta nasihat bagaimana mengatasi masalahnya itu dan cara memikat hati Mr C. Sharina menghantar sms menasihatkan Miss A mengubah sikap pemalunya perlahan-lahan dengan cara itu juga baru dapat memikat hati Mr C. Selepas menghantar sms, Sharina updatekan komen-komen terbaru dan kata-kata semangat dalam web itu. Selepas selesai dia akses keluar dari website itu dan menutup laptopnya.
“Macam pekerja sosial pula”, ujar Lisa tiba-tiba. Sharina tersenyum mendengar kata-kata Lisa. “Betul kata kamu tapi kami bantu dengan menasihatkan sahaja. Usaha orang itu sendiri yang penting”, ujar Sharina. Shahril yang baru sahaja tiba di situ melihat kakaknya dan Lisa yang berada di situ sedang ketawa gembira. Dia mendekati mereka. “Amboi! Seronoknya ketawa”, tegur Shahril. Mereka terkejut. “Aril buat apa kat sini?”, tanya Sharina. “Aril nak jumpa kawan dan Aril ternampak kak Ina dan Lisa kat sini”, ujar Shahril selamba. Lisa yang duduk di sebelah Sharina mula tidak selesa. Dia berbisik kepada Sharina yang dia ingin pulang. “Aril, kak Ina pergi dulu ya. Akak nak hantar Lisa balik dan lepas tu balik rumah”, ujar Sharina lalu membayar harga minuman mereka dan pergi dari situ bersama Lisa.
Sebaik tiba di rumahnya, kawan-kawannya yang sedang menunggunya menegur serentak, “Kak Ina nak apa dengan kau, Lisa?”. “Takde papelah. Dia saja nak kenal dengan aku. Dia suka kalau aku rapat dengan Shahril”, bohong Lisa. Nisa, Devi dan Mei Ling menerimanya. Mereka segera menyiapkan kerja sekolah mereka bersama. Setelah selesai, Devi dan Mei Ling meminta diri untuk pulang sementara Lisa dan Nisa akan ke sekolah petang itu kerana Lisa perlukan bantuan Nisa untuk membancuh air untuk latihan pasukan bola sepak. Sepanjang perjalanan ke sekolah, mereka berbual semasa mengayuh basikal. Sebaik tiba di sekolah, Lisa segera memanggil para pemain untuk aktiviti pemanasan badan. Lisa tidak nampak kelibat Shahril terus membantu Nisa membancuh air.
Tiba-tiba, mulutnya ditekup dari belakang oleh seseorang. Nisa pula tiada di situ kerana membantu Ikhwan menggantikan Shahril untuk aktiviti memanaskan badan. Lisa hanya mampu menangis pada ketika itu. “Lisa, janganlah nangis, ni akulah Aril”, bisik Shahril. Lisa memalingkan tubuhnya. Dia yang tiba-tiba hilang kawalan segera ditarik tangannya hingga tubuhnya mendakap tubuh Shahril. Mereka kaku seketika sehinggalah mereka terdengar, “Ehem…. Amboi! Amboi! Sedapnya korang berdua berpeluk kat sini. Aku berpeluh-peluh kat padang ganti kau”, tegur Ikhwan. Shahril melepaskan Lisa. “Aku ada hal tadi. Memang kau patut ganti aku sebagai penolong kapten”, ujar Shahril selamba lalu berlari ke padang.
Lisa seperti patung cendana terus berdiri di situ. “Cik Lisa, awek aku panggil kau suruh tolong dia”, ujar Ikhwan mengejutkan Lisa dari lamunannya. Lisa terus pergi pada Nisa diekori oleh Ikhwan. Lisa membantu Nisa yang sedang menghidangkan minuman. Lisa meneruskan tugasnya tanpa menyedari bahawa Nisa sudah tiada di situ. Dia ternampak Nisa dan Ikhwan sedang berbual sambil bergelak ketawa di bawah pokok tidak jauh dari situ. Lisa tahu apa yang diceritakan oleh Ikhwan. Dia yang sudah selesai menghidangkan minuman, duduk di kerusi memerhatikan latihan para pemain dan mencatatkan nota-nota yang penting tentang pemain. Ketika dia khusyuk menulis, dia ditegur Shahril. “Lisa, tolong berikan saya air mineral”, pinta Shahril. Lisa menghulurkan sebotol air mineral.
“Tadi kakak saya jumpa awak kenapa?”, tanya Shahril. “Takde papelah. Saja nak berkenalan dengan pembantu jurulatih pasukan bola sepak awak”, ujar Lisa selamba dan segera pergi dari situ meninggalkan Shahril yang terpinga-pinga.

BINTANG CINTA

BAB 7
Di padang bola sepak sekolah, Lisa segera menyediakan peralatan untuk sesi latihan bola sepak mengikut senarai tugasan yang diberikan oleh Cikgu Mazlan semalam. Lisa terpaksa berhadapan dengan Shahril yang berdiri di bawah pokok berhampiran padang lalu memanggilnya. Shahril mendekati Lisa dan dengan tenang, Lisa memberitahu Shahril agar mengumpulkan anak buahnya untuk sesi latihan tapi Shahril hanya buat tak endah. Lisa bencikan sikap Shahril lalu memanggil para pemain di bilik salin pakaian untuk bersiap sedia untuk sesi latihan. Para pemain segera ke padang dan memulakan dengan aktiviti pemanasan badan. Lisa yang bengang dengan sikap Shahril mengambil telefon bimbitnya lalu sms, mengadu kepada Bintang Cinta yang dia sangat bencikan sikap lelaki yang diminatinya yang sengaja menyakitkan hatinya.
Selepas 30 minit latihan dijalankan, Shahril menyuruh pasukannya berehat. Dia menyedari ada sms yang masuk ke dalam telefon bimbitnya. Dia membalas sms itu. Lisa yang baru sahaja melayan karenah para pemain yang meminta air, gembira menerima sms dari Bintang Cinta yang menyatakan, janganlah anda membenci lelaki idaman anda hanya kerana perkara sekecil itu. Cubalah dekatinya dengan berbuat baik kepadanya. Lisa duduk berhampiran pokok tempat Shahril berehat membalas, saya dah cuba tapi tak berhasil. Dia sombong dengan saya tapi saya akan berusaha memikat hatinya. Lisa menghantarnya dan dia terdengar bunyi sms masuk berhampirannya.
Lisa menoleh ke belakang dan ternyata, bunyi itu datang dari telefon bimbit Shahril. Lisa terkejut segera melarikan dirinya agar dirinya tidak diketahui oleh Shahril yang tidak disangkanya merupakan pengendali misteri website Bintang Cinta. Dia menarik Ikhwan yang berada tidak jauh dari tempat persembunyiannya. “Ikhwan, kau tau ke si Shahril tu pengendali misteri website Bintang Cinta?”, tanya Lisa yang ragu-ragu selepas melepaskan tangan Ikhwan. Ikhwan terkejut mendengarnya lalu berkata, “Lisa, kau jangan beritahu orang lain pula. Ni rahsia kami berdua. Aku baru tahu dan sekarang aku juga bantu dia kendalikan website tu dengan kakak dia”.
Lisa terkejut mendengarnya. Dia berjanji. Selepas tamat latihan bola sepak, Lisa mengambil basikalnya untuk pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan Shahril yang tiba-tiba menghalang jalannya. “Lisa, aku ada hal nak bincang dengan kau pasal pasukan bola sepak kita”, ujar Shahril. “Maaflah Shahril, sekarang dah lewat petang. Kita bincang kat sekolah je esok”, Lisa berkata gugup. Shahril bertindak menarik tangan Lisa ke tepi jalan dan menolak Lisa ke dinding bangunan sekolah mereka. “Kalau aku kata aku nak bincang sekarang, maknanya sekarang tau. Kau ikut aku pergi bilik persalinan bola sekarang”, ujar Shahril sambil mengheret tangan Lisa ke bilik persalinan. Lisa terasa mahu menangis apabila diperlakukan sebegitu.
Lisa merentap tangannya dari genggaman Shahril. Dia menggigil ketakutan lalu menangis di dalam bilik itu. Shahril kasihan melihat Lisa menangis lalu menghulurkan tisu. “Lisa, maafkan saya”, Shahril meminta maaf dengan lembut. Lisa mengambil tisu dan mengelap air matanya. “Awak nak bincang mengenai apa sampai tak boleh tunggu esok. Sekarang beritahu saya?”, tanya Lisa. “Lusa, kami ada perlawanan bola dekat Sekolah Menengah Jalan Reko jadi kami perlukan bantuan awak dan kawan-kawan awak untuk bantu kami menyediakan minuman dan makanan”, ujar Shahril. Lisa tersenyum lalu bersetuju. Shahril turut tersenyum melihat Lisa yang sudah ceria. Shahril merasakan ada sesuatu yang aneh di dalam hatinya ketika melihat Lisa tersenyum manis sebegitu.
Mereka berdua segera keluar dari situ. Shahril menghantar Lisa dengan ekor matanya ketika mereka pulang ke rumah masing-masing. Sebaik tiba di rumah, Shahril terus ke biliknya dan mandi. Selepas solat maghrib dan makan malam, Shahril terus ke biliknya. “Kenapa tiba-tiba aku berlembut dengan Lisa bila melihat dia menangis dan tersenyum manis sebegitu”, Shahril bertanya hatinya. “Kau dah jatuh hati dengan dia, Shah”, kata hatinya. “Tak mungkin aku jatuh hati dengan dia. Akukan terikat dengan janji aku pada website Bintang Cinta. Tak mungkin!!!!”, jerit Shahril. Jeritannya itu mengejutkan semua orang di dalam rumahnya yang sedang khusyuk menonton tv di bawah.
“Aril, kenapa menjerit malam-malam buta”, tegur Sharina. Shahril yang seperti baru tersedar terkejut mendengar teguran itu. “Kak Ina, bila balik. Sorry, Aril tension tadi. Tiba-tiba je menjerit”, Shahril meminta maaf. “Akak baru je balik sebab cuti semester dah mula. Kalau tension sekalipun, janganlah nak menjerit Aril”, tegur Sharina lagi. Shahril meminta maaf sekali lagi lalu turun ke bawah bersama Sharina dan meminta maaf pada ahli keluarga yang lain. Dia juga ikut menonton tv dan cuba melupakan masalahnya tadi. Pukul 12 tengah malam, papanya menutup tv dan menyuruh anak-anaknya tidur. Mereka semua terus naik ke bilik masing-masing.

BINTANG CINTA

BAB 6

Di sekolah, Lisa sangat gembira membaca namanya terpilih sebagai pembantu jurulatih pasukan bola sepak sekolah di papan kenyataan. Dia terus ke kelasnya bersama-sama kawannya. Lisa tidak menyangka yang dia terpilih. Rakan-rakan sekelasnya ada yang mengucapkan tahniah dan ada yang membencinya kerana tidak terpilih. Lisa Cuma buat endah tak endah saja. Pada waktu rehat, dia dipanggil oleh Cikgu Mazlan untuk memberikan senarai tugasan dan jadual latihan. Lisa menyemak jadual latihan tersebut. Dia merasa lega kerana pada hari ini tiada latihan dan di tidak perlu untuk berjumpa dengan Shahril tapi sangkaannya meleset kerana bertembung dengan Shahril ketika dia dalam perjalanan ke kantin untuk makan bersama kawan-kawannya.
“Macam mana senarai tugasan yang Cikgu Mazlan sediakan. Awak berpuas hati tak”, tanya Shahril. Lisa mengangguk lalu meminta diri untuk ke kantin tetapi dihalang Shahril. “Awak nak pergi ke mana Lisa? Apa kata awak temankan saya makan sekali?”, ajak Shahril. “Saya nak pergi kantin. Kawan-kawan saya dah tunggu saya. Lain kali sajalah saya makan dengan awak”, ujar Lisa yang masih berwajah selamba. Shahril menyekat perjalanan Lisa dengan menolaknya ke dinding. “Kau tak boleh pergi ke mana-mana sekarang ni. Aku nak beritahu kau yang aku masih menyimpan dendam pada kau di atas kesalahan yang kau lakukan kepada aku. Kau ingat, Lisa!”, Shahril memberi amaran lalu membiarkan Lisa yang masih mengigil ketakutan dan menangis di situ. Lisa mengesat air matanya lalu menemui rakan-rakannya dan hanya membiarkan rakan-rakannya makan kerana dia tiada selera makan sekarang. Sebaik loceng berbunyi, mereka terus ke kelas mereka.
Lisa tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajarannya sehingga habis waktu persekolahan. Dia meminta diri dari rakan-rakannya untuk pulang bersendirian ke rumah. Sesampai sahaja di rumah, Lisa terbaring keletihan di sofa ruang tamu rumahnya lalu terlelap di situ. “Lisa, bangun sayang. Kenapa tidur dekat sini?”, Puan Halimah mengejutkan anaknya. Lisa segera bangun sambil mengenyeh-ngenyeh matanya yang masih kuyu. “Lisa penatlah ibu. Tadi Lisa dapat tugasan baru”, terang Lisa lalu meminta diri ke biliknya dan meminta ibunya membuatkan jus oren untuknya.
“Kenapa Shahril berkelakuan begitu kepada aku. Apa salah aku pada dia”, bisik Lisa dalam hati dan tidak menyedari yang dia menjerit sehingga mengejutkan ibunya yang sedang membawa jus oren untuknya. “Lisa, kenapa menjerit. Terkejut ibu”, ujar Puan Halimah sambil mengurut dadanya lalu meletakkan jus tersebut di atas meja belajar Lisa. Lisa tertunduk malu dengan kelakuannya tadi. Lisa mengeluh kerana masih belum menyiapkan kerja sekolahnya dan memikirkan tentang kelakuan Shahril. “Terima kasih ibu. Lisa nak siapkan kerja sekolah Lisa dulu ya ibu.”, ujar Lisa. Lisa segera menyiapkan kerja sekolah dan melupakan sebentar perkara tadi. Selesai kerja sekolahnya, Lisa segera ke dapur untuk mencuci gelas jus orennya. Dia terus ke wakaf menemani ibunya yang masih menunggu ayahnya di situ. “Ibu, lambatnya ayah balik hari ni?”, tanya Lisa. “Ayah telefon tadi kata dia sangkut dalam kesesakan jalan raya. Lisa tahukan macam mana keadaannya di Kuala Lumpur ni”, terang Puan Halimah. “Kalau macam tu, Lisa mandi dululah ibu”, Lisa meminta diri untuk kebiliknya mandi.
Selesai mandi dan solat, Lisa mengambil laptopnya untuk melayari internet dan memeriksa emailnya. Ketika dia mahu memasuki untuk membuka emailnya, muncul laman web Bintang Cinta. Lisa yang kebosanan, memberi komen mengenai laman tersebut serta memasukkan nama samaran dan nombor telefonnya lalu menekan butang enter. Lisa terkedu dengan apa yang dilakukannya kerana dia berjaya mengakses masuk laman web tersebut. Lisa segera menutup laman tersebut lalu membuka emailnya dan tidak semena-menanya, telefon bimbitnya berdering. Rupa-rupanya sms yang masuk. Lisa segera membaca sms “Tahniah kerana berjaya mengakses masuk ke laman web Bintang Cinta. Hanya yang terpilih sahaja yang berjaya memasuki laman ini. Anda bolehlah menceritakan mengenai orang yang anda sukai”. Lisa membalas sms tersebut, “Saya tidak mempercayai penasihat cinta. Bagi saya, hanya diri sendiri sahaja yang perlu untuk mencari cinta”.
Telefon bimbit Lisa berbunyi lagi. Lisa membaca smsnya, “Mungkin benar kata anda tapi dengan pertolongan kami, boleh mengeratkan lagi hubungan anda dengan si dia. Ceritakanlah mengenai si dia kepada kami dan kami mungkin dapat membantu”. Lisa membalas, “Mungkin juga tapi pernahkah anda bercinta?”. Ibu Lisa memanggilnya untuk makan malam bersama-sama lalu dia segera ke meja makan setelah selesai membalas sms tersebut. Lisa makan tanpa berkata apa pun dan terlupa dengan apa yang ingin dibincangkannya dengan ayahnya. Selesai makan, Lisa segera ke biliknya. “Lisa, ibu beritahu ayah yang ada perkara yang ingin kamu ceritakan kepada ayah”, tegur Encik Fauzi yang melihat anak tunggal kesayangannya yang tergesa-gesa ingin masuk ke biliknya.
“Maafkan Lisa, ayah. Lisa lupa apa yang Lisa ingin bincangkan dengan ayah. Nanti Lisa beritahu ayah bila Lisa ingat. Lisa minta diri dulu ayah. Selamat malam ayah, selamat malam ibu”, ujar Lisa lalu mengucupi tangan dan pipi ayah dan ibunya. “Awalnya nak tidur anak ibu ni?”, tanya Puan Halimah. “Lisa letihlah ibu, Lisa masuk bilik dulu ya”, ujarnya lalu segera ke biliknya. Lisa membaca sms yang diterimanya dari Bintang Cinta semasa dia tengah makan tadi, “Saya tidak boleh bercinta demi pelayar-pelayar web yang mungkin meminati saya”. Lisa menyampah dengan sms tersebut lalu menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan ibu dan ayahnya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu lalu bergegas ke biliknya. Lisa segera meminta maaf kepada ibu dan ayahnya di atas perbuatannya tadi lalu tidur.