Tuesday, December 9, 2008

Bintang Cinta

Bab 2

Selepas habis waktu persekolahan, Shahril dan Ikhwan terus ke rumah Shahril dgn menunggang motorsikal masing-masing menuju ke rumah Shahril yang terletak 7 km dari sekolah mereka. Shahril dan Ikhwan meletakkan beg sekolah dan menukar pakaian di bilik Shahril lalu makan tengah hari bersama-sama dengan mama dan papa Shahril iaitu Encik Shahril Izwan dan Puan Narina. “Papa, Aril ingatkan papa tak balik. Papa dah jarang balik lunch dengan kami, kenapa tiba-tiba papa balik ni?”, Shahril tersenyum gembira lalu duduk di sebelah papanya. “Aril macam tak suka je papa balik lunch ni. Oklah, papa balik officelah sekarang”, Encik Izwan berpura-pura bangun diikuti isterinya yang turut berpura-pura bangun, mengusik Shahril Anuar yang merupakan anak ketiga mereka dari empat anak mereka yang lain. Yang sulung bernama Shahril Azril, anak kedua, Nazira Sharina dan yang bongsu Nazatul Shahira.
“Ala, Aril gurau je. Aril suka papa balik lunch dengan kami. Papa kalau di office dengan abang Azril tu mana reti nak ingat balik rumah waktu lunch, asyik makan luar je, nak cakap rumah kita jauh dari office papa tak jauh pun”, terang Shahril dengan panjang lebar. Encik Izwan mengusap kepala Shahril. Mereka terus menjamu selera masakan Puan Narina pada tengah hari itu. Selepas makan tengah hari, Shahril menyiapkan kerja sekolahnyanya bersama-sama dengan Ikhwan. “Shahril, kau cakap betul-betul dengan aku. Betul ke kau yang buat website Bintang Cinta”, Tanya Ikhwan yang sedang menyiapkan kerja sekolah matematiknya sambil memandang Shahril. Shahril tersenyum lalu mengangguk. “Kau tak percaya ke”, ujar Shahril. Dia mengambil laptop yang dihadiahkan oleh papa dan mamanya sempena harijadinya yang ke-17 pada 3 bulan yang lepas. Shahril mengakses masuk ke website Bintang Cinta dan secara kebetulan, terdapat pelayar yang turut mengakses masuk website tersebut. Shahril membaca luahan hati pelayar tersebut yang dikenali sebagai Mr X. Mr X meminati seorang gadis di sekolahnya yang dikenali dengan Miss Y. Gadis ini sangat popular di sekolah sementara Mr X cuma pelajar biasa dan antara pelajar yang baik di dalam kelasnya. Mr X selalu terserempak dengan Miss Y, ketika mereka bertembung di hadapan sekolah pada waktu sebelum masuk sekolah atau selepas masuk sekolah tetapi Miss Y hanya tersenyum memandangnya. Setiap kali Mr X terpandang Miss Y, hatinya berdebar-debar tetapi dia tidak berani meluahkan perasaannya kepada Miss Y. Shahril memberikan sms berunsur nasihat supaya Mr X mengubah imejnya dan bersikap berani untuk meluahkan perasaannya kepada Miss Y. Selepas memberikan sms dari telefon bimbitnya yang dihubungkan dengan website Bintang Cinta, Shahril memandang Ikhwan yang tercengang melihat apa yang telah dilakukan oleh Shahril sebentar tadi.
“Woi! Yang kau melopong tengok aku kenapa?”, jerit Shahril lalu menyiku Ikhwan. Ikhwan terperanjat sehingga tercampak buku yang dipegangnya. Dia memukul bahu Shahril kerana memeranjatkannya. Berlakulah peperangan kecil antara kedua-dua kawan baik itu. Mereka saling memukul menggunakan bantal sehingga menganggu Puan Narina yang sedang khusyuk menonton sinetron kegemarannya di dalam bilik. Dia bergegas ke bilik anaknya Shahril yang terletak bersebelahan biliknya.
“Astaghfirullah Al-Azim! Apa yang kamu berdua buat ni. Shahril tahu tak, Shahril dah ganggu mama menonton sinetron favourite mama. Bising sangat, rupanya kamu berdua bergaduh sampai mama ingat bunyi bising tadi ada orang masuk rumah tahu tak”, jerkah Puan Narina kepada Shahril dan Ikhwan. Ikhwan terkulat-kulat lalu duduk di meja belajar Shahril. “Sorry mama. Aril bergurau je dengan Ikhwan tadi. Aril tahu Aril salah sebab ganggu mama. Nanti Aril kemaskan bilik dengan Ikhwan ye mama”, ujar Shahril lembut lalu memeluk mamanya dan menghadiahkan ciuman di pipi mamanya yang sudah reda kemarahannya. “Jangan nak bergurau macam tu lagi Aril, mama tak suka. Kalau nak bergurau jangan sampai mama nampak macam nak bergaduh”, tegur Puan Narina lalu balik semula ke biliknya. Shahril dan Ikhwan segera mengemas bilik dan buku-buku sekolah mereka yang telah siap kerja sekolahnya. Selesai mengemas, Shahril dan Ikhwan keluar dari bilik lalu duduk di ruang tamu bermain playstation 2 milik Shahril. Ikhwan terlupa mengenai tujuannya untuk mengetahui mengenai website Bintang Cinta. Selepas bermain playstation, mereka ke bilik Shahril untuk mengambil beg sekolah Ikhwan kerana dia harus pulang kerana dia ada janji dengan seseorang untuk berjumpa pada pukul 5.00 petang.
“Kau nak jumpa siapa, Ikhwan. Kau nak jumpa girlfriend ek”, usik Shahril lalu menyiku Ikhwan yang sedang mengemas beg. Ikhwan mendiamkan diri dan cuma tersenyum memandang Shahril lalu mereka keluar dari bilik Shahril. “Aril, ajak Ikhwan minum dan makan goreng pisang yang mama dah sediakan”, tegur Puan Narina. Serba salah Ikhwan untuk menolak pelawaan mama Shahril lalu ke meja makan dan menjamah sedikit sebelum keluar dari rumah Shahril. Shahril menghantar Ikhwan sehingga ke motornya yang di parking di tempat parking rumah Shahril. Ikhwan segera berlalu pergi. Semasa dalam perjalanan, Ikhwan teringat yang dia terlupa bertanyakan Shahril mengenai website Bintang Cinta. “Esok pagi, aku harus bertanya kepada Shahril mengenai website Bintang Cinta”, bisik Shahril di dalam hatinya.

No comments: