Tuesday, December 2, 2008

Bintang Cinta

Prolog

Adakah anda pernah dengar mengenai website bintang cinta???
Jika pernah anda memang sangat bertuah kerana website ini terbuka pada waktu yang tertentu sahaja...
Anda ingin tahu mengenai website ini???
Website ini adalah sebuah laman untuk meluahkan rasa cinta anda dan ada seseorang yang misteri akan membantu anda ...
Itulah yang terjadi kepada Lisa....

Suatu hari, Lisa mengajak kawan-kawannya iaitu Nisa, Mei Ling dan Devi ke rumah menyiapkan kerja sekolah di rumah selepas habis waktu sekolah. Mereka bersetuju. Sampai di rumah, Lisa mengajak mereka ke bilik untuk menukar pakaian sekolah dan makan tengah hari sebelum mereka mengadap kerja sekolah yang harus disiapkan. Selesai makan mereka berempat terus ke bilik untuk membuat kerja sekolah yang bertimbun diberikan oleh guru. Ketika membuat kerja sekolah, mereka berbual-bual sehinggalah, "Devi, Mei Ling, Lisa, korang pernah dengar tentang website Bintang Cinta?", tanya Nisa.
"Kami tak pernah dengar, kenapa Nisa?", tanya kami serentak.
"Aku, dapat tahu dari kawan-kawan sekolah kita", ujar Nisa.
"Website tu mengenai apa?",tanya Mei Ling.
"Dari apa yang aku dengar, website ni kita tak boleh akses selalu sebab ianya dibuka pada masa-masa tertentu sahaja", sampuk Devi.
"Cakap tak tahu tadi. Apalah kau ni Devi. Website ni tak salah aku, kita boleh meluahkan perasaan hati kita mengenai seseorang yang kita sukai", ujar Nisa sambil ketawa bersama-sama Lisa dan Mei Ling. Devi hanya tersenyum sungging kerana malu ditegur Nisa sebegitu.
"Aku tak percayalah, dengan website macam tu. Aku takut ditipu. Korang ni cuba hati-hati sikit. Tak semua website kita boleh percaya sebab aku pernah dengar cerita yang ada di antara kawan kita yang hampir dinodai ketika akses masuk dan berkenalan dengan lelaki dalam salah satu website yang mencari cinta", ujar Lisa menasihati kawan-kawannya.
"Kau cuba positif sikit, Lisa. Website Bintang Cinta ni lain sikit, aku pernah dengar, ada budak sekolah kita dapat akses masuk website ni dan dia diberikan khidmat nasihat mengenai cinta oleh pengendali website tersebut. Budak tu jadi berani meluahkan perasaannya pada lelaki yang disukainya dgn sokongan pengendali website misteri tersebut", kata Nisa dengan yakin sambil tersenyum memandang kawan-kawannya terutama Lisa. Lisa tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya melihat kawan-kawannya. Tiba-tiba Lisa memekik kepada kawan-kawannya, "Ooi, kita ni dah jauh menyimpang dari kerja yang sepatutnya kita buat. Nanti tak siap kerja sekolah kita nanti. Tak pasal-pasal kita kena denda."
"Kau ni tak ada adab betullah, Lisa. Cuba cakap elok-elok. Terperanjat aku", kata Mei Ling yang suka mengelamun kalau tidak ditegur dalam keadaan mengelabah sehingga tercampak pennya yang dipegangnya. Kesian Mei Ling. Mereka ketawa melihat gelagat Mei Ling tersebut. Mereka segera menyiapkan kerja sekolah sambil berbincang mengenai kerja sekolah yang tak dapat mereka fahami. Selesai membuat kerja sekolah, Lisa mengajak mereka bersantai di wakaf hadapan rumahnya sambil minum petang yang telah disediakan oleh ibu Lisa, Puan Halimah yang mesra dipanggil auntie Mah.

1 comment:

terezaku sakura said...

novel ni masih dalam tempoh percubaan dan saya harapkan anda semua dapat memberi komen yang terbaik. saya telah mengedit semula novel ini dari yang dipostkan di dalam www.penulisan2u.blogspot.com nama asal novel ini ialah Bintang Cinta dan telah ditukar kepada Bintang Hati di dalam website tersebut... Semoga anda terhibur dengan novel ini......