Tuesday, December 2, 2008

Bintang Cinta

Bab 1

"Dari kita duduk borak-borak kosong sambil minum saja ni, apa kata kita layari internet nak tak. Tak adalah masa kita disia-siakan pada waktu petang yang indah ini", cadang Nisa.
"Kau nak buat apa Nisa, takkan kau nak cuba akses masuk website Bintang Cinta tu", ujar Lisa.
"Apa salahnya kita cuba, kita tak rugi pun, Lisa", sokong Devi dan Mei Ling.
"Korang tunggu sekejap, demi kawan-kawan baik aku yang terlalu ingin nak melayari website Bintang Cinta, aku nak pergi ambil laptop aku kat dalam bilik aku tapi aku nak tau juga apalah yang korang minat sangat nak melayari website", Lisa memerli kawan-kawannya sambil berlalu ke biliknya mengambil laptop. Lisa tak memahami kenapa kwn-kawannya berminat untuk melayari website tersebut. Bagi Lisa, diri sendiri adalah penasihat terbaik.
"Nisa, kau hutang aku cerita pasal website Bintang Cinta yang kau beria-ria nak layari ni", tegur Lisa kepada kawan-kawannya yang sedang rancak berbual dan menyerahkan laptopnya kepada Nisa. "Ok, tarak hallah. Sebenarnya aku dengar cerita ni dari adik sepupu aku yang satu sekolah dengan kita n dia form 4. Ceritanya pasal seorang budak lelaki sekolah kita yang dapat mengakses masuk website Bintang Cinta lalu dia minta nasihat mengenai cinta dari pengendali website tersebut yang misteri. Dia dapat akses masuk pun sebab pada masa tu, pengendali website misteri ni turut akses masuk. Dia antara yg bertuah kerana dapat akses masuk. Masa dia akses masuk tu, dah pukul 5.30 petang. Mula-mula dia masukkan nombor handphoneya n terus tekan enter. Dia akhirnya berani meluahkan perasaannya pada budak perempuan yang disukainya dengan bantuan dari segi kata-kata nasihat pengendali website misteri tu dan sampai ke hari ini dia sangat berterima kasih kepada pengendali website yang misteri tu kerana dia akhirnya berjaya memikat budak perempuan dengan kata-kata nasihat dari pengendali website tersebut. Sekarang ni budak perempuan yang dipikatnya dah jadi girlfriend dia", cerita Nisa dgn panjang lebar sambil tangannya menaip mencari website Bintang Cinta.
"Nisa, rasa aku tu website yang kau cari", tegur Mei Ling sambil menunjukkan nama website tersebut dari ruangan search internet.
"Yalah Nisa, website ni memang menarik tapi tiada pautan lain dan cuma ada ruangan komen dan tiada nama pengendali websitenya. Misteri sungguh website ni", ujar Devi yang tertarik dengan keunikan website tersebut.
"Kau tak nak join kitaorang ke Lisa. Rugi tau sebab website ni cuma dapat diakses pada waktu tertentu sahaja. Aku nak cubalah masukkan nombor handphone akulah", ujar Nisa. Mereka tidak dapat mengakses masuk website tersebut. Lisa cuma ketawa melihat muka kawan-kawannya yang masam seperti cuka basi. "Hehehehe.... Korang memang mudah ditipu oleh cerita-cerita yang korang dengar tu", Lisa masih mengetawakan kawan-kawannya. Nisa memulangkan semula laptop kepada Lisa dan meminta kebenaran untuk pulang kerana hari sudah lewat petang, begitu juga Mei Ling dan Devi. Lisa menghantar kawan-kawannya ke pintu pagar rumahnya selepas mereka mengambil basikal masing-masing untuk pulang ke rumah. Lisa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kawan-kawannya yang pulang ke rumah dengan muka masam.
"Esok pagi dekat sekolah, aku kena minta maaf dgn diaorang", bisik Lisa di dalam hatinya.


Keesokan harinya, Lisa ingin menemui kawan-kawannya di sekolah untuk meminta maaf tapi malang tidak berbau kerana Lisa terlanggar seseorang semasa dalam perjalanan ke sekolah.
"Sori sebab terlanggar awak", Lisa meminta maaf tanpa melihat org yg dilanggarnya. Kemudian dia menoleh ke belakang dan terpandang muka lelaki yang diminatinya, Shahril Anuar.
"Mata kau buta ke tak nampak orang tengah berjalan!!", marah Shahril. "Ewah, jantan ni, aku bukan sengaja nak langgar kau. Mentang-mentang aku minat kat kau, kau nak ek dgn aku tapi silap oranglah. Ni Lisa Fauzi, budak perempuan paling ditakuti di sekolah ni", bisik Lisa dalam hati.
"Aku dah minta maaf tp kau nak besar kepala pulak. Kira baguslah aku dah minta maaf tau, budak sombong. Kau ingat aku sengaja nak langgar ke. Aku nak cepat jumpa kawan-kawan aku yang dah tunggu aku kat kantin, sombong. Tak guna aku minta maaf dari kau tadi, aku chiow dulu. Selamat tinggal sombong", ujar Lisa kasar sambil berlalu pergi. Dalam hati, Lisa menyumpah dirinya kerana berkasar dengan Shahril tadi.
"Ek, benar minah tu. Nak kena dengan aku agaknya. Takpe, hari ni hari kau, esok hari aku", bisik Shahril ketawa lalu pergi ke kelasnya.

"Woi, Shahril. Kau dari mana yang lambat hari ni. Biasanya kau dah tercongok dalam kelas ni", tegur Ikhwan, sahabatnya yang juga baru sampai ke kelas. "Ada minah kerek mana ntah, langgar aku tadi. Bengang, gila aku dan aku gaduh dgn dia sebelum masuk skolah tadi. Sengal betul minah tu. Aku jumpa lagi dengan minah tu, taulah apa aku nak buat. Dia belum kenal Shahril The Incridible Boy", ujar Shahril dengan bangganya. Ikhwan mencebik melihat tingkah laku sahabatnya itu. "Sudah-sudahlah nak berlagak tu, Shahril. Meluat aku. Aku ada story nak cerita kat kau tapi kau kena janji dulu dengan aku", tekan Ikhwan. "Apa ceritanya. Aku sudi mendengarnya", kata Shahril sambil duduk di sebelah Ikhwan. "Ko pernah dengar pasal website Bintang Cinta. Website tu mmg mashyuk gila. Kalau aku dpt akses masuk, aku nak minta nasihat pasal cinta dari pengendali website yang misteri tu", cerita Ikhwan berkobar-kobar.
"Kau nak tahu cerita lagi best tak, sebenarnya aku yang buat website tu dengan bantuan kakak aku. Aku nak ajak kau sama-sama jaga website tu sebab sekarang ni aku dh tak terkejar nak jaga website tu. Kau tahukan aku ni aktif bola sepak dan wakil sekolah", bisik Shahril. "Kau biar betul Shahril. Aku mcm tak percayalah", bisik Ikhwan. "Aku seriuslah. Kakak aku yang ajar aku buat website dan jaga website tu sekali-sekala kalau dia balik rumah masa dia tiada kuliah, dia tolong aku tengok-tengokkan website ni dan uploadkan gambar. Kalau kau tak percaya, habis sekolah kau ikut aku balik rumah aku. Kau tengoklah sendiri website tu", bisik Shahril sebelum guru matematik mereka masuk ke kelas. "Biar betul si Shahril ni, jangan-jangan dia kelentong aku je. Bukan boleh dipercayai langsung cakap dia sebab aku dah selalu terkena tapi tak pelah, aku ikut dia balik lepas habis sekolah nanti. Aku nak tengok sendiri sebab takut terkena lagi", bisik Ikhwan di dalam hati sehingga guru matematik mereka masuk.

No comments: