Bab 4
“MENCARI PEMBANTU JURULATIH TIDAK KIRA PELAJAR LELAKI ATAU PEREMPUAN DALAM KADAR SEGERA UNTUK PASUKAN BOLA SEPAK! ANDA AKAN DI TEMUDUGA OLEH CIKGU MAZLAN DAN KAPTEN PASUKAN BOLA SEPAK DALAM MASA 3 HARI DARI SEKARANG” DARI KAPTEN PASUKAN BOLA SEPAK”
Iklan tersebut menarik perhatian para pembacanya di papan kenyataan sekolah yang terletak berhampiran dengan kantin sekolah. Ramai pelajar tidak kira lelaki atau perempuan teruja untuk menjadi pembantu jurulatih. Pada fikiran pelajar lelaki, inilah peluang mereka untuk menyertai pasukan bola sepak sekolah secara tidak langsung bagi yang meminati bola sepak manakala pada fikiran pelajar perempuan, inilah peluang mereka untuk mendekati pemain bola sepak sekolah yang popular kerana kehandalan bermain bola sepak, kepandaian dalam pelajaran dan paras rupa mereka. Handal, pandai dan lawa sangat ke mereka tu?
Lisa menyampah dan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat para pelajar perempuan yang tergila-gilakan para pemain dalam pasukan bola sepak yang mengerumuni papan kenyataan di mana iklan itu ditampalkan. Bagi Lisa, hanya peminat-peminat yang tergila-gilakan mereka dan para pemain tidak mengendahkan mereka. Inilah sikap pelajar popular. Mereka inginkan sesuatu kelainan. “Wah! Biar betul. Pasukan bola sepak sekolah kita mencari pembantu jurulatih”, ujar Nisa sambil memandang Lisa. “Kau nak jadi pembantu untuk mereka ke?”, sindir Lisa sambil memandang Nisa disisinya. “Ish… Tak nak la aku sebab nanti timbul gosip pulak sebab aku dah couple dengan seorang pemain bola sepak nama Ikhwan sekarang ni”, bisik Nisa di telinga Lisa. Lisa seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Nisa hanya mengangguk. Mereka terus pergi ke tempat Devi dan Mei Ling yang sedang menunggu mereka di luar pagar sekolah dengan basikal masing-masing untuk pulang ke rumah. Lisa tidak mengetahui yang Nisa sudah mendaftarkan namanya sebagai pembantu jurulatih pasukan bola sepak sekolah dan akan di temuduga pada esok hari. Perkara ini cuma diketahui oleh Lisa pada waktu malam ketika Lisa menghubungi Nisa untuk bertanyakan kebenaran mengenai hubungan Ikhwan dan Nisa.
“Lisa, aku daftarkan nama kau sebagai pembantu jurulatih pasukan bola sepak sekolah ketika kau menunggu aku dekat kantin sekolah. Kau jangan marah aku ye”, ujar Nisa perlahan. “Kau nak aku mati ke!”, jerit Lisa. “Sorrylah Lisa, aku buat macam tu sebab aku tahu kau minat bola sepak dan ada seseorang yang kau suka dalam pasukan bola sepak. Kalau kau terpilih, bolehlah kau jadi posmen aku dengan Ikhwan”, Nisa ketawa selepas berkata begitu. “Amboi, banyak cantik muka kau. Muka aku ni ada rupa macam posmen ke. Kau memang siotlah. Akukan sibuk dengan latihan. Aku atlet sekolah dalam acara lumba lari, macam mana aku nak pergi temuduga tu”, Lisa bersuara sedikit bimbang dan takut. “Aku dah cakap dengan Cikgu Jamal yang kau dah berhenti dari jadi atlet sekolah sebab nak tumpukan pada pelajaran dan ibu bapa kau bagi amaran sebab pelajaran kau dah sedikit merosot baru-baru ni”, ujar Nisa selamba. “Siot! Kau ni memanglah sengaja nak tempah maut dengan akulah”, Lisa tersangatlah marah lalu ingin memukul Nisa dengan pembaris kayu yang dipegangnya tetapi tetiba sahaja, buah hati pengarang jantung Nisa si Ikhwan lalu di situ dan menyelamatkan Nisa dari pukulan Lisa yang mengenai badannya.
“Aduh! Sakitnya. Kau ni kenapa Lisa? Kau nak bunuh si cantik manis aku ni ke?”, jerit Ikhwan. Nisa tersenyum malu dan masih lagi berada dalam pelukan Ikhwan. “Ehem….. Kau tu, lepaskanlah si Nisa tu. Sampai bila kau nak peluk dia. Kejap lagi, aku bagitahu kau kenapa aku mengamuk dengan si cantik manis kau ni”, perli Lisa yang masih bengang dengan tindakan Nisa. Ikhwan segera melepaskan pelukkannya dan tersenyum malu. Dia segera bangun bersama-sama Nisa. Nisa menyorok di belakang Ikhwan kerana takut di pukul oleh Lisa. “Sekarang kau terangkan kenapa kau nak pukul Nisa”, ujar Ikhwan. “Kau tahu tak yang Nisa daftarkan nama aku sebagai pembantu jurulatih pasukan bola sepak sekolah kita, kemudian dia bagitahu Cikgu Jamal yang aku nak berhenti jadi atlet sebab ibu bapa aku marah kerana pelajaran aku merosot dan boleh pula dia nak aku jadi posmen antara dia dengan kau kalau aku dapat jadi pembantu jurulatih”, terang Lisa dengan panjang lebarnya. Ikhwan ketawa mendengar penerangan Lisa. Lalu dia berkata, “Apa salahnya kau pergi saja temuduga tu. Nisa dah cerita pada aku yang kau sukakan Shahrilkan. Aku boleh tolong kau dapatkan jawatan tu dengan mudah sebab aku tahu semua soalan yang akan ditanyakan semasa temuduga tapi masa temuduga tu kau kena pandai kawal emosi depan Shahril. Ikhwan tersenyum sebaik sahaja Lisa mengangguk setuju lalu memberikan soalan temuduga tersebut. Harap-harap, Lisa berjaya.
No comments:
Post a Comment