Bab 5
Ramai para pelajar tidak kira lelaki atau perempuan menghadiri temuduga untuk menjadi pembantu jurulatih pasukan bola sepak sekolah tetapi kebanyakannya kecewa kerana tidak melepasi tahap yang diinginkan oleh Cikgu Mazlan dan kapten pasukan bola sepak, Shahril. Kekecewaan banyak tergambar di wajah pelajar perempuan yang mengikuti temuduga tersebut. Bagi pelajar lelaki pula, mereka tidak menampakkan sangat kekecewaan mereka kerana mereka merasakan peluang mereka cerah untuk menjadi salah seorang pemain pasukan bola sepak sekolah. Sebaik sahaja tiba giliran Lisa, Lisa masuk ke bilik temuduga dengan tenang dan sedikit rasa gemuruh di dadanya.
Lisa memberikan salam hormat kepada Cikgu Mazlan dan kapten pasukan bola sepak, Shahril. Cikgu Mazlan mempersilakan Lisa duduk. Lisa menyerahkan sijil-sijil kejayaannya sebagai seorang pemimpin dari sekolah rendah sehingga sekarang untuk dilihat oleh mereka. Shahril memandang Lisa dengan rasa tidak percaya yang gadis dihadapannya ini cukup hebat walaupun kecil molek orangnya. Benarlah kata pepatah, kecil-kecil cili api, jangan di sangka tidak berisi. Shahril dan Cikgu Mazlan memulakan sesi soal jawab dengan Lisa. Ternyata, Lisa dapat menjawab soalan tersebut dengan mudah dan sangat tenang tanpa ada sedikit pun keraguan. Setelah sesi temuduga mereka selesai, Cikgu Mazlan memberitahu Lisa yang mereka akan memberi keputusan kepada para penemuduga yang berjaya pada esok hari akan ditampal di papan kenyataan.
Selesai sahaja sesi temuduga, Lisa segera berlalu dari bilik temuduga dan segera berjumpa dengan kawan-kawannya di kantin sekolah. “Macam mana temuduga tadi, Lisa?”, tanya Devi dan Mei Ling yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan temuduga. “Esok baru mereka bagitahu dengan menampalkan notis keputusan mereka. Jom kita pergi makan, aku laparlah”, ajak Lisa lalu mereka terus keluar dari perkarangan sekolah dan pergi ke kedai makan yang terdekat. Nisa tidak dapat menemankan Lisa, Devi dan Mei Ling kerana dia bertemujanji dengan Ikhwan pada petang tersebut. Sesampai sahaja di kedai makan tersebut, mereka terserempak dengan Shahril yang tengah menunggu order dan dia mengajak mereka makan bersamanya. Mei Ling dan Devi mengajak Lisa yang masih segan untuk duduk sekali bersama Shahril. Lisa duduk di sebelah Shahril, manakala Mei Ling dan Devi duduk di hadapan mereka. Lisa hanya mendiamkan diri setelah membuat pesanan kerana dia tidak tahu apa yang harus dibualkan dengan Shahril dan hanya Mei Ling dan Devi sahaja yang berbual dengan Shahril. “Awak memang bagus tadi kerana dapat menjawab soalan kami”, tegur Shahril. Lisa memandang Shahril lalu berkata, “ Saya memang meminati bola sepak sejak tingkatan 1 lagi. Ayah saya kadang-kadang mengajak saya menemaninya menonton perlawanan bola sepak dan memahami mengenai bola sepak”. “Baguslah, orang yang kami perlukan adalah orang yang mestilah memahami bola sepak. Jika tidak memahami bola sepak susahlah untuk menjadi pembantu jurulatih. Awak meminati pasukan bola sepak dari mana?”, tanya Shahril kepada Lisa. Lisa terkebil-kebil kerana melayan perasaannya sebentar tadi sehinggalah makanan yang mereka pesan tiba. Devi memberitahu yang Shahril bertanyakan mengenai pasukan bola yang Lisa minati secara berbisik sambil mereka makan.
“Saya meminati pasukan bola sepak Chelsea dan pasukan bola sepak dari negara Brazil kerana skill mereka. Awak meminati pasukan mana?” tanya Lisa sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. “Saya suka pasukan bola sepak Chelsea dan pasukan bola sepak Negara Brazil juga. Kita meminati pasukan yang sama, nanti kita bolehlah kita bertukar-tukar maklumat mengenai pasukan yang kita minati”, ujar Shahril selamba lalu menyambung makan. Lisa tersenyum lalu mengangguk sahaja. Selesai makan, Lisa dan kawan-kawannya ingin membayar tapi Shahril menahan kerana dia membelanja mereka makan. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Shahril lalu meminta diri untuk pulang ke rumah. Shahril tersenyum lalu menunggang motornya untuk pulang ke rumah.
“Ini peluang aku untuk mengenakan perempuan sombong tu”, bisik Shahril di dalam hatinya. Dia yang sedang menunggu Ikhwan, datang ke rumahnya sambil menyiapkan kerja sekolah. Sebaik sahaja Ikhwan tiba, Shahril mengajaknya ke pondok berhampiran kolam renang rumahnya. “Aku dengan Cikgu Mazlan dah buat keputusan siapa yang terpilih untuk jadi pembantu jurulatih kita. Cuba kau teka siapa?”, ujar Shahril teruja. Ikhwan hanya menggelengkan kepalanya. Shahril menunjukkan kertas yang di‘print’kan nama yang terpilih menjadi pembantu jurulatih mereka. Ikhwan terkejut membaca nama tersebut. “Kau biar betul Shah. Lisa yang terpilih”, ujar Ikhwan yang masih terkejut. “Yalah. Dia memang bagus masa sesi temuduga tadi. Inilah masa yang sesuai untuk aku mengenakan perempuan sombong tu”, Shahril ketawa berdekah-dekah. Ikhwan menggelengkan kepala melihat tingkah laku Shahril. Dia memujuk Shahril agar jangan melakukan perkara sebegitu kepada Lisa tapi apakan daya kerana Shahril memang seorang yang degil dan keras kepala. Dia meminta diri untuk pulang ke rumah kerana mamanya meminta tolong untuk pergi membeli barang.
No comments:
Post a Comment