Sunday, May 8, 2011

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 2


Diya Danisha mendapat panggilan dari Pusat Pengawal Peribadi Zeisha mengenai temuduga pencarian pengawal peribadi untuk klien baru mereka. Diya Danisha di antara 1000 orang pelajar pusat itu yang tamat dengan cemerlang dan masih belum mendapat kerja. Diya Danisha gembira diberi peluang itu. Pada malam itu, Diya Danisha sibuk mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai untuk temuduga itu sebelum Diya Danisha tidur lena.
Tengahari itu, Tan Sri dan Pak Naqib ke Bangsar untuk makan tengahari sebelum ke Pusat Pengawal Peribadi Zuhal untuk sesi menjalankan temuduga bagi mencari pengawal peribadi baru untuk Faiz Darwin. Selepas makan tengahari, mereka terus ke pusat itu. Pengerusi pusat itu menyambut mereka mesra lalu menunjukkan bilik untuk temuduga. Proses temuduga itu selesai dengan lancar pada pukul 5 petang. Setiap pengawal peribadi yang di temuduga hari itu akan dihubungi sekiranya Berjaya dalam tempoh seminggu. Proses menemuduga diteruskan pada keesokkan harinya. Pada sebelah pagi, mereka menjalankan proses temuduga di Pusat Pengawal Peribadi Zuhan, Ampang. Setelah selesai, mereka terus ke Damansara. Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib makan di sebuah restoran berdekatan Pusat Pengawal Peribadi Zeisha sahaja untuk memudahkan mereka ke sana.
Sebaik tiba di restoran itu, Tan Sri Burhanuddin dilanggar seorang gadis yang memakai blaus putih serta berseluar slack hitam, kecil molek, bermuka manis dan berambut pendek. “Maafkan saya pak cik, saya tak sengaja langgar pak cik. Saya nak cepat sebenarnya ni sebab saya ada temuduga di Pusat Pengawal Peribadi Zeisha”, ujar gadis itu lalu membantu Tan Sri Burhanuddin berdiri dan menunduk meminta maaf. “Pak cik ok. Kamu jangan risau. Kamu pergilah nanti lambat pula”, Tan Sri Burhanuddin memberitahu. Gadis itu masih menunduk meminta maaf lalu segera pergi. Tan Sri Burhanuddin memandang langkah gadis itu sebelum dia hilang sebelum Pak Naqib menegurnya. “Amboi! Tan Sri, asyik betul pandang budak tu”, tegur Pak Naqib lalu Tan Sri Burhanuddin tersengih-sengih lalu berkata, “Budak tu ada daya penarik dan sesuai dipadankan dengan anak saya, Faiz Darwin yang tak makan saman tu. Budak tu lagi sesuai dari Narisha yang kita berdua tahu yang cuma bermata duitan itu”.
Selepas makan tengahari, mereka terus ke Pusat Pengawal Peribadi Zeisha. Pengerusi Pusat Pengawal Peribadi Zeisha menunjukkan mereka bilik untuk proses temuduga. Sementara itu, Diya Danisha yang baru tiba di situ terus mendaftar dan mengambil nombor giliran. Dia kesal kerana mendapat nombor terakhir sekali semuanya gara-gara jam locengnya tidak berbunyi. Nasib baik ibunya, Puan Salamah mengejutnya kerana dia turut berpesan pada ibunya untuk kejutkannya sekiranya dia tidak terbangun. Dia berdoa semoga proses temuduganya berjalan lancar dan mendapat kerja tersebut dari ribuan yang ditemuduga selama dua hari itu. Sepanjang proses temuduga itu, Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib terasa letih dan sedikit kecewa tetapi kekecewaan mereka terubat sebaik sahaja gadis manis yang terlanggar Tan Sri masuk untuk temuduga.
Diya Danisha terkejut dan segera menenangkan diri lalu memperkenalkan diri dan memberi profilnya kepada Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib. Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib memperkenalkan diri mereka kepada Diya Danisha sebelum meneruskan sesi temuduga. Diya Danisha lega kerana proses temuduganya lancar dan sekarang ini, dia Cuma perlu menunggu selama seminggu untuk dihubungi. Selesai proses temuduga, Tan Sri Burhanuddin dan Pak Naqib terus pulang ke rumah bersama semua profil-profil pengawal peribadi yang di temuduga selama dua hari untuk memilih siapa yang layak menjadi pengawal peribadi Faiz Darwin.
Di rumah, pada malam itu juga Tan Sri Burhanuddin bersama Pak Naqib duduk meneliti profil satu-persatu. Hampir seminggu meneliti kesemua profil itu, mereka mencapai kata sepakat memilih Diya Danisha kerana prestasi Diya Danisha sangat baik dan mampu melindungi Faiz Darwin dengan baik. Diya Danisha sesuai untuk mengajar Faiz Darwin agar bersikap lebih baik lagi. Di pejabat Burhan Corp Sdn Bhd pada pagi itu juga, Tan Sri mengarahkan Anisa setiausahanya menghubungi Diya Danisha untuk hadir ke pejabat pada petangnya untuk menguruskan perlantikannya.
Diya Danisha baru selesai sarapan menerima panggilan dari setiausaha Tan Sri Burhanuddin telah terpilih sebagai pengawal peribadi merangkap pemandu untuk Faiz Darwin dan dikehendaki ke Burhan Corp Sdn Bhd pada hari ini untuk perlantikannya. Diya Danisha gembira segera berpakaian yang sesuai untuk ke syarikat itu. Diya Danisha memandu kereta Savvy birunya ke pejabat Pusat Pengawal Peribadi Zeisha, Damansara untuk mendapatkan kad tauliah sebagai pengawal peribadi dari pusat itu. Kemudian ia terus ke Burhan Corp Sdn Bhd. Dia menemui Anisa sebelum berjumpa Tan Sri Burhanuddin. “Kak Anisa, panggil je saya Danish”, Diya Danisha memperkenalkan diri. Diya Danisha berjumpa dengan Tan Sri Burhanuddin untuk perlantikan lalu Tan Sri memperkenalkan kepada para pekerja yang lain. “Apa khabar semua. Saya Diya Danisha dan kamu semua boleh panggil saya Danish”, Diya Danisha memperkenalkan dirinya. Selepas itu, Diya Danisha mengisi borang kerja. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Burhanuddin sebelum ke rumah Tan Sri di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi untuk membiasakan dirinya dengan jalan tersebut.

No comments: