BAB 3
Diya Danisha yang baru tiba di rumah Tan Sri Burhanuddin pada petang itu membunyikan loceng lalu memberi salam. Mak Nah yang baru selesai mengangkat pakaian yang dijemurnya segera ke pintu pagar. “Maaf ye nak, makcik tak boleh bagi kamu masuk dan tolong pergi dari sini”, Mak Nah berkata lembut. “Assalamualaikum Mak Nah. Saya ni bukan jurujual. Saya Diya Danisha iaitu pengawal peribadi dan pemandu untuk Encik Faiz Darwin”, Diya Danisha berterus-terang. Mak Nah yang terkejut segera membuka pintu pagar dan membenarkan Diya Danisha masuk. “Maafkan Mak Nah la Diya. Mak Nah tak tau pengawal peribadi Faiz perempuan rupanya”, Mak Nah memohon maaf. “Takpe Mak Nah. Saya baru nak biasakan diri. Mak Nah panggil saya Danish ye”, ujar Diya Danisha lembut. Mak Nah enggan kerana baginya kalau dah perempuan baik dipanggil nama perempuannya. Diya Danisha mengalah dan sekiranya Tan Sri, Pak Naqib dan Faiz Darwin ada bersama, dia meminta dipanggil Danish. Mak Nah bersetuju.
Diya Danisha membantu Mak Nah menyediakan minum petang walaupun dilarang kerana sebentar lagi Tan Sri akan pulang bersama Faiz Darwin. Faiz Darwin orang pertama yang masuk ke rumah terkejut melihat Diya Danisha sedang membantu Mak Nah. Dia segera bertanya kepada Mak Nah siapa budak lelaki yang membantunya. Mak Nah ingin ketawa mendengar pertanyaan Faiz Darwin tetapi kerana teringatkan janjinya pada Diya Danisha, dia menahan tawanya lalu berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan Faiz Darwin yang terpinga-pinga ditinggalkannya. Faiz Darwin duduk di kerusi meja makan bersebelahan papanya sebelum memperkenalkan Diya Danisha. “Faiz, yang ini pengawal peribadi merangkap pemandu kamu. Nama dia……”, kata-kata Tan Sri terhenti bila Diya Danisha mencelah lalu memperkenalkan dirinya sebagai Danish kepada Faiz Darwin. Tan Sri Burhanuddin ingin menerangkan lebih lanjut mengenai Diya Danisha tapi dihalangnya kerana dia sendiri akan menerangkan kepada Faiz Darwin.
Diya Danisha memulakan tugas di rumah Tan Sri Burhanuddin pada keesokkan harinya. Dia tiba tepat pada pukul tujuh pagi untuk menjemput dan menghantar Faiz Darwin ke mana sahaja yang ingin ditujuinya dan memastikan keselamatannya. Faiz Darwin yang sudah bersedia untuk ke pejabat, memberikan kunci kereta KIA Sorentonya kepada Diya Danisha. Faiz Darwin turut meneliti penampilan Diya Danisha yang smart bergaya dengan kemeja biru berlengan pendek, berseluar jeans hitam dan bertopi seperti pemandu bukannya pengawal peribadi. Diya Danisha memandu kereta Faiz Darwin dengan cermat terus menuju ke pejabat Burhan Corp Sdn Bhd. Hari pertama bertugas, Diya Danisha dan Faiz Darwin tidak banyak berbicara sehingga mereka tiba di perkarangan pejabatnya. Diya Danisha segera membuka pintu untuk Faiz Darwin. “Agaknya anak orang kaya ni sombong sampai nak ucapkan terima kasih pun tak reti. Bapa dia tak pula macam tu”, Diya Danisha berkata perlahan sahaja tapi dapat didengari Faiz Darwin.
“Danish, lepas ni terus ke pejabat saya. Ada benda saya nak cakap sikit dengan awak”, arah Faiz Darwin tegas. Diya Danisha terkulat-kulat mendengar segera bersetuju sebelum memarkirkan kereta di tempatnya. Diya Danisha terus ke pejabat Faiz Darwin dan Faiz Darwin yang ternampaknya segera menyuruhnya masuk dan duduk di depannya. Faiz Darwin memandang Diya Danisha tajam dan membuatkan Diya Danisha tertunduk takut. Diya Danisha menelan liurnya sebelum berkata, “Encik Faiz nak jumpa saya kenapa?”. “Saya nak kenal dengan awak lebih rapat lagi. Tadi saya terdengar ada orang cakap saya ni sombong”, ujar Faiz Darwin tegas. Diya Danisha cuak sebelum Berjaya menenangkan dirinya. “Encik Faiz nak tahu apa?”, tanya Diya Danisha lembut. Faiz Darwin ingin mengetahui tentang latihan yang diterimanya di Pusat Pengawal Peribadi Zeisha dan latar belakangnya. Diya Danisha lega lalu menerangkannya tetapi, latar belakangnya Cuma diceritakan sedikit sahaja.
Faiz Darwin kurang berpuas hati penerangan Diya Danisha mengenai latar belakangnya memaksanya menerangkan lebih lanjut. Diya Danisha cuak sehingga mahu sahaja memberitahu Faiz Darwin yang dia seorang perempuan tetapi diselamatkan oleh bunyi ketukan di pintu Faiz Darwin. Faiz Darwin menyuruh orang tersebut masuk dan orang itu ialah papanya, Tan Sri Burhanuddin. Keadaan mereka senyap seketika sebelum Diya Danisha bangun dari tempat duduknya meminta diri untuk keluar. Faiz Darwin kurang berpuas hati dengan penerangan Diya Danisha mengenai latar belakangnya terpaksa akur dan mengakui kelayakan Diya Danisha sebagai pengawal peribadinya. Tan Sri Burhanuddin yang pelik melihat anaknya yang seperti orang bisu memecahkan kesunyian mereka dengan berkata, “Faiz, hari ni hari pertama Danish bekerja dengan kamu, kita belanja dia lunch. Kamu setuju tak?”. Faiz Darwin terkejut segera mengangguk bersetuju. Sudah menjadi kebiasaan dia dan papanya belanja pekerja baru mereka makan.
No comments:
Post a Comment