Thursday, June 16, 2011

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 4

“Kurang asam betul la Faiz tu. Aku tau la kau tu bos aku, sesuka hati je nak paksa-paksa orang pula. Nasib baik aku ingat aku ni makan gaji kat sini, kalau tak dah lama aku belasah. Sibuk je nak tau pasal aku”, bebel Diya Danisha perlahan sambil kakinya menuju keluar melalui meja Anisa. Bebelan Diya Danisha didengari Anisa. Anisa menegur Diya Danisha dan berkata, “Kenapa Danish? Siapa yang sakitkan hati kau?”. Diya Danisha tersenyum malu lalu memandang Anisa. “Takde apalah kak Anisa. Saya pergi dulu ya”, nafi Diya Danisha lalu pergi dari situ secepat mungkin. Tengah hari itu, Diya Danisha membawa Faiz Darwin dan Tan Sri Burhanuddin ke Eden Garden, Amcorp Mall menggunakan kereta Faiz Darwin. Tan Sri Burhanuddin mengajak Diya Danisha makan bersama mereka. Faiz Darwin juga turut mengajaknya kerana dia akan belanja Diya Danisha makan sebagai pekerja barunya. Diya Danisha menerimanya apabila melihat wajah Faiz Darwin yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mengajaknya.

Mereka makan secara buffet kerana itu yang disediakan di Eden Garden untuk makan tengah hari. Diya Danisha rambang mata melihat makanan yang disediakan dan dia cuma mengambil beberapa jenis makanan dalam kuantiti yang sedikit. Tan Sri Burhanuddin menegur sebaik tiba di meja mereka, “Kenapa ambil sikit sahaja Danish?”. Diya Danisha berkata, “Saya kenyang lagi Tan Sri sebab sarapan pagi tadi saya dah makan nasi lemak, tiba rumah Tan Sri, Mak Nah jamu saya kuih-muih sementara menunggu Encik Faiz”. Faiz Darwin hampir tersedak mendengar jawapan Diya Danisha yang kebiasaannya diberikan oleh perempuan sahaja untuk menolak. Faiz buat muka selamba lalu meneruskan suapannya. Diya juga turut hairan kenapa papanya mengambil berat tentang Diya Danisha kerana dia menganggap Diya Danisha sebagai lelaki bukan perempuan.

Faiz Darwin meminta Diya Danisha membawanya ke apartment Sri Intan, Setiawangsa untuk mengambil teman wanitanya, Narisha pada malam itu kerana dia nak bawa Narisha makan malam di Hotel Nikko. Diya Danisha memang agak keletihan terpaksa bersetuju kerana itu adalah tugasnya. Sebaik tiba di apartment itu, Narisha yang memakai gaun biru bertali halus dan singkat memang mampu sahaja menggoda lelaki yang lalu lalang disitu. Diya Danisha menggeleng-geleng kepalanya melihat Narisha yang terus masuk ke dalam kereta. “Eh! Sejak bila U ada driver ni. Minggu lepas takde pun”, ujar Narisha manja sambil mengesel-geselkan tubuhnya pada Faiz Darwin. “Baru hari ni. Papa I upah bodyguard baru merangkap driver untuk I”, Faiz Darwin memeluk bahu Narisha sambil mengelus lembut rambut Narisha yang panjang dan keperangan itu. Narisha mencium pipi Faiz Darwin dan Faiz Darwin membalasnya.

Diya Danisha yang sedang memandu meluat dan sakit hati melihat aksi pasangan dua sejoli itu melalui cermin tengah kerana tidak menghormatinya sebagai pemandu lalu menegur, “Encik Faiz dan Cik Narisha, tolong hormat saya sikit. Sakit mata saya memandang aksi kalian berdua”. Faiz Darwin terkedu dan Narisha mahu sahaja menampar Diya Danisha akibat kelancangan mulutnya tapi berjaya ditahan Faiz Darwin. Diya Danisha berhenti di tepi jalan Ampang menuju Hotel Nikko. Faiz Darwin terperanjat dengan tindakan Diya Danisha berkata, “Kenapa awak berhenti kat sini pula?”. “Saya nak Encik Faiz dan Cik Narisha minta maaf dari saya sekarang”, marah Diya Danisha. “Buat apa kami nak minta maaf pula….”, Narisha yang sedang marah ditutup mulutnya oleh Faiz Darwin. Faiz Darwin yang bengang dengan tindakan Diya Danisha berkata, “Awak tu cuma makan gaji je. Jangan nak besar kepala pula, Danish”. Narisha pula tersenyum menang lalu meraih lengan Faiz Darwin menahannya dari bergaduh lagi dengan Diya Danisha.

Diya Danisha mendongkol geram dengan kata-kata Faiz Darwin dan menyampah dengan tindak-tanduk Narisha itu. Dia segera keluar dari kereta tersebut lalu menyerahkan kunci kereta kepada Faiz Darwin. Dia terus berjalan ke stesen LRT Ampang Park yang berdekatan situ untuk balik ke rumah Tan Sri Burhanuddin mengambil keretanya. Faiz Darwin dan Narisha yang terkejut dengan tindakan Diya Danisha termangu seketika sebelum Faiz Darwin memandu keretanya ke Hotel Nikko dan makan malam bersama Narisha. Diya Danisha sampai sahaja di rumah Tan Sri Burhanuddin meminta Mak Nah membuka pagar untuknya. Diya Danisha mengambil kereta Savvynya dan mengucapkan terima kasih kepada Mak Nah lalu pergi dari situ meninggalkan Mak Nah yang terpinga-pinga.

Di rumahnya, Diya Danisha terus ke biliknya tanpa menghiraukan ibu dan ayahnya yang sedang asyik menonton tv. Diya menghamburkan kemarahannya di dalam diarinya terhadap Faiz Darwin. Setelah lega, dia berjanji pada dirinya untuk tidak melayan permintaan Faiz Darwin ke rumah Narisha lagi dan buat tak kisah dengan Faiz Darwin. Dia ke dapur dan melihat ibunya sedang menyediakan kopi untuk ayahnya. Dia bertanya kepada ibunya sama ada ibunya ada meninggalkan makan malam untuknya. Ibunya menyuruhnya mengambil di dalam tudung saji lalu pergi membawa kopi untuk ayahnya. Diya Danisha mengekori ibunya lalu mencium ibu dan ayahnya yang sedang asyik menonton sebelum pergi semula ke dapur untuk makan.

No comments: