Thursday, June 16, 2011

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 5


“Danish memang nak kena dengan aku ni. Berani dia buat macam tu”, Faiz Darwin berkata dalam hati selepas menghantar Narisha ke rumah dan sebaik sahaja dia berada di biliknya. Dia malu bila ditegur Mak Nah yang mengetahui tentang Diya Danisha yang tiba-tiba datang mengambil keretanya tanpa kereta dan dirinya. Esok dia akan memberi kata dua kepada Diya Danisha di atas sikapnya itu. Pagi esoknya, Diya Danisha tiba awal di rumah Tan Sri Burhanuddin. Dia membantu Mak Nah menyediakan sarapan pagi di atas meja setelah selesai, mereka bersarapan sambil bersembang berdua di dapur. “Malam tadi kenapa Diya balik sorang? Bila Mak Nah tanya Faiz dia diam je”, tanya Mak Nah yang pelik dengan sikap mereka berdua malam tadi. “Diya bukan apa Mak Nah. Diya nak ajar sikit Encik Faiz dengan teman wanitanya itu untuk hormat Diya sebagai pemandu. Diya malu tengok aksi mereka yang kurang sopan malam tadi”, ujar Diya lembut lalu menghirup air milo yang disediakan Mak Nah.

Faiz Darwin yang baru sahaja bersiap untuk bersarapan memanggil Mak Nah. Mak Nah menyediakan sarapan untuk Faiz Darwin iaitu bihun goreng untuknya. Diya Danisha keluar dari dapur lalu mengambil kunci kereta Faiz Darwin yang diletakkan di tempat gantungan kunci, lalu memmanaskan enjinnya sementara menunggu Faiz Darwin selesai bersarapan. Sepanjang perjalanan itu, Faiz Darwin menegur sikap Diya Danisha semalam. Diya Danisha marah dengan teguran Faiz Darwin yang tak berasas berkata, “Encik Faiz, saya tak buat salah dan lagipun encik dan teman wanita encik sepatutnya hormat saya sebagai pemandu dan tolong berkelakuan sopan bila saya yang memandu”. “Awak memang tak makan saman ye. Baik, saya akan suruh papa saya berhentikan awak”, ugut Faiz Darwin. Tiba sahaja di perkarangan pejabat Burhan Corp Sdn Bhd, Diya Danisha berkata, “Saya tak takut. Sekarang juga saya boleh jumpa Tan Sri ceritakan semuanya. Kita tengok siapa menang”.

Diya Danisha terus ke pejabat Tan Sri Burhanuddin dan berjumpa Anisa untuk berjumpa Tan Sri. Faiz Darwin turut berada di situ segera menarik tangan Diya Danisha sehingga Diya Danisha terpeluknya. Mereka terpaku seketika. Diya Danisha yang malu segera pergi dari situ. Faiz Darwin pula terus ke pejabatnya. Faiz Darwin merasakan Diya Danisha bukan lelaki tetapi perempuan bila mereka berpelukan seketika tadi kerana tindakannya tadi. Dia malas memikirkan perkara itu segera menghubungi Diya Danisha agar berjumpanya di pejabat segera. Diya Danisha terus duduk di hadapan Faiz Darwin. “Sebelum Encik Faiz nak marah saya, saya nak minta maaf atas sikap saya malam tadi. Mula dari hari ni, saya takkan ikut arahan Encik Faiz hantar encik ke rumah teman wanita encik. Encik jemput sendiri dia tapi saya akan ekori encik dari belakang”, Diya Danisha berkata tegas.

Faiz Darwin kehilangan kata-kata mendengar ucapan Diya Danisha. Dia hanya bersetuju. Diya Danisha segera keluar dari bilik itu. “ Fuh! Lega aku. Berjaya aku luahkan apa yang terpendam dalam hati aku tadi sebab sikapnya semalam. Padan muka, kena dengan kata-kata pedas aku tadi”, kata Diya Danisha perlahan yang melewati tempat Anisa. “Amboi! Cerianya awak hari ni Danish. Kenapa? Kongsilah sikit dengan akak”, tegur Anisa. Diya Danisha tersenyum lalu berkata, “Nanti saya bagitahu akak. Kita jumpa lunch nanti ok”, ujar Diya Danisha mengenyitkan mata lalu pergi dari situ.

Diya Danisha dan Anisa makan tengah hari di restoran berhadapan pejabat Burhan Corp Sdn Bhd sahaja. Diya Danisha menceritakan semua peristiwa malam tadi dan perkara yang berlaku pagi tadi. Anisa ketawa mendengar tindakan dan sikap Diya Danisha yang berani itu. “ Danish.. Danish.. Ini kalau Tan Sri tahu, mati awak dengan Encik Faiz kena bambu dengannya”, Anisa masih ketawa sambil terus menyambung suapannya. “Amboi! Gelak sakan nampak. Kutuk saya ke?”, tegur Faiz Darwin yang melewati mereka disitu. Anisa berhenti ketawa dan Diya Danisha terus menyedut minumannya untuk menghilangkan kegugupannya. Anisa berkata, “Takdelah Encik Faiz. Danish cerita lawak kat saya sebab tu saya asyik ketawa je”. Mereka berdua pergi dari situ segera. Tiba sahaja di perkarangan pejabat, mereka berdua ketawa.

“Kak, nasib baik tak kantoi tadi. Kalau tak mati saya kena pancung dengan Encik Faiz”, ujar Diya Danisha. Anisa tersenyum lalu pergi ke mejanya sementara Diya Danisha segera menunggu Faiz Darwin di kereta kerana selepas makan tengah hari, Faiz Darwin ada perjumpaan dengan klien di Hotel Nikko. Malam itu, Faiz Darwin menjemput Narisha diekori Diya Danisha. Diya Danisha memastikan tempat yang disinggahi Faiz Darwin dan teman wanitanya selamat. Selama beberapa minggu, Diya Danisha melakukan perkara begitu dan hubungannya dengan Faiz Darwin dingin sahaja. Setiap kali berjumpa pasti ada sahaja perkara mereka tidak sepakat dan perang mulut pasti berlaku.

No comments: