Thursday, June 16, 2011

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 9


Pihak polis berhasil menjejaki Dato’ Zaman dan orang-orangnya cuba melarikan diri di sempadan antara Kelantan dan Thailand. Mereka berjaya menangkap mereka setelah seminggu menjejaki mereka hasil maklumat orang awam yang melihat kelibat Dato’ Zaman dan orang-orangnya di Kelantan. Dato’ Zaman dan orang-orangnya didakwa atas cubaan membunuh dan dipenjarakan selama 20 tahun. Tan Sri Burhanuddin, Faiz Darwin dan keluarga Diya Danisha lega dengan keputusan mahkamah. Pengorbanan Diya Danisha menyelamatkan Faiz Darwin tidak sia-sia.
Selama seminggu itu juga, Diya Danisha telah sedarkan diri dan semakin pulih. Sekarang ini dia cuma perlukan rawatan dari segi fisioterapi dan psikologi selama dua minggu di pusat perubatan itu. Faiz Darwin sentiasa menemani Diya Danisha sepanjang tempoh koma dan rawatannya itu bersyukur melihat Diya Danisha pulih. Tan Sri Burhanuddin dan keluarga Diya Danisha juga bersyukur melihat Diya Danisha pulih. Tan Sri Burhanuddin dan keluarga Diya Danisha membuat kenduri kesyukuran di rumah Tan Sri selepas dua minggu. Rumah Tan Sri Burhanuddin dikunjungi oleh orang-orang surau berdekatan rumahnya, para pekerja Burhan Corp Sdn Bhd dan ahli keluarga terdekat Diya Danisha untuk kenduri kesyukuran itu. Rumah Tan Sri menjadi meriah dengan kunjungan tetamu-tetamu itu manakala Mak Nah, Diya Danisha serta ahli keluarga Diya Danisha yang wanita sibuk di dapur menyediakan hidangan.

Selepas selesai kenduri itu, Tan Sri menjemput ahli keluarga Diya Danisha tidur sahaja di rumahnya melihatkan mereka bertungkus-lumus membuat segala kerja untuk kenduri itu. Ayah Diya Danisha, Encik Suffian bersetuju kerana dia melihat ahli keluarganya yang lain keletihan dan rumah mereka pula jauh iaitu di Sri Petaling. Ibu dan ayah Diya Danisha tidur di bilik tetamu pertama, abgnya dan isteri serta dua anak lelaki di bilik tetamu kedua, kakaknya dan suami serta sepasang kembar itu tidur di bilik tetamu ketiga, Diya Danisha dan adik perempuannya serta sepupu dan makcik-makcik mereka tidur di bilik Faiz Darwin manakala Faiz Darwin dan adik lelaki Diya Danisha beserta sepupu dan pakcik-pakciknya tidur di ruang tamu.

Selepas subuh, Mak Nah, Diya Danisha dan ibunya sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur. Diya Danisha diarahkan mengejutkan adik lelaki, sepupu dan pakcik-pakciknya yang menyambung tidur semula selepas subuh. Diya Danisha akur dengan arahan ibunya. Orang terakhir yang dikejutkannya ialah adik lelakinya yang tidur di sebelah Faiz Darwin. Diya Danisha merasa kekok tapi tetap melakukan tugasnya. “Adik, bangun la. Ibu suruh bangun dan mandi”, kejut Diya Danisha tapi adiknya hanya berpusing dan Faiz Darwin yang tidur di sebelahnya pula bangun. Diya Danisha terkejut melihat Faiz Darwin yang mengeliat hampir ke mukanya mengundurkan diri. Faiz Darwin terperanjat melihat Diya Danisha yang berdiri tegak di situ seperti patung cendana hampir ketawa melihat wajah pucatnya.

“Nisha pergilah bantu Mak Nah dengan ibu awak di dapur. Biar Faiz kejutkan adik awak”, lembut sahaja bisikan Faiz Darwin ke telinga Diya Danisha yang memecahkan kesunyian mereka setelah siap mengemas tempat tidurnya. Diya Danisha segera ke dapur sementara Faiz Darwin mengejutkan adik Diya Danisha. Adiknya bangun terus mandi sementara Faiz Darwin mengemas tempat tidur mereka sebelum mandi di biliknya. Diya Danisha ke bilik Faiz Darwin mengemas pakaiannya sebelum bersarapan kerana selepas sarapan mereka akan pulang ke rumah. Dia hampir menjerit apabila terlihat Faiz Darwin keluar dari bilik air cuma bertuala sahaja. Dek kerana malu, dia memusingkan mukanya ke arah lain manakala Faiz Darwin dengan selamba mengambil pakaiannya dan menyalin pakaian di bilik air. Diya Danisha yang sudah siap mengemas segera membawa begnya keluar dari bilik itu.

Di meja makan, semua ahli keluarga Diya Danisha rancak berbual dengan Tan Sri Burhanuddin sambil menjamu selera manakala Faiz Darwin dan Diya Danisha hanya menyepikan diri. Ketika mereka mahu pulang, ayah Diya Danisha Encik Suffian mengajak Tan Sri Burhanuddin dan Faiz Darwin ke kampungnya di Parit Botak, Johor kerana minggu depan mereka akan bercuti di sana dan menguruskan hasil kebun keluarganya. Tan Sri Burhanuddin menolak kerana minggu depan banyak meeting dengan klien yang tidak boleh dielakkan dan dia menyuruh Faiz Darwin pergi ke sana. Faiz Darwin bersetuju.

Selepas sembahyang Jumaat, Faiz Darwin yang menaiki kereta KIA Sorentonya sudah sedia menunggu di rumah keluarga Diya Danisha di Sri Petaling. Kereta Faiz Darwin ditumpangi Diya Danisha, adik lelaki dan perempuannya serta empat orang anak saudaranya yang comel manakala Naza Ria milik abangnya ditumpangi ibu dan ayahnya, isteri abangnya, kakak dan suaminya. Mereka berkonvoi dari situ hingga sampai di kampung mereka di Parit Botak. Mereka tiba pada sebelah malam. Encik Suffian mengajak keluarganya dan Faiz Darwin makan di Berjaya Seafood, Parit Raja. Di kampung, nenek Diya Danisha sudah menunggu mereka.

No comments: