Thursday, June 16, 2011

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 8


“Bodoh kamu semua ni! Nyaris je rancangan kita terbongkar”, marah Dato’ Zaman pada orang-orang upahannya. “Lain kali kalau nak mengintip anak Tan Sri Burhanuddin tu dari jauh sikit”, marah Dato’ Zaman lagi. Orang-orang upahannya hanya tertunduk dan mengakui kesilapan mereka kerana tidak berhati-hati beberapa hari itu. Dato’ Zaman telah merancang untuk melaksanakan rancangannya selepas hampir tiga bulan orang-orang upahannya mengintip pergerakan Faiz Darwin. Rancangannya untuk membunuh akan terlaksana beberapa hari lagi.

Diya Danisha melaporkan apa yang diperhatikannya beberapa hari lalu kepada Tan Sri Burhanuddin segera kerana dia merasakan Faiz Darwin dalam bahaya. Tan Sri Burhanuddin mengarahkan Diya Danisha memastikan keselamatan Faiz Darwin sementara dia dan beberapa rakan-rakannya yang terlibat dalam dunia penyiasatan menyiasat orang yang mahu membunuh anaknya itu termasuk orang yang mahu menjatuhkan Tan Sri Burhanuddin. Pada keesokkan harinya, Diya Danisha yang sudah bersedia dengan apa jua berlaku memastikan setiap kawasan yang dilewatinya semasa menghantar Faiz Darwin berjumpa klien Burhan Corp Sdn Bhd di Bangsar. Kawasan itu lengang kerana pusat itu masih baru dibuka dan belum banyak pejabat yang dibuka lagi.

Orang upahan Dato’ Zaman yang telah bersedia di posisi mereka untuk menembak Faiz Darwin. Setelah sasaran mereka dikenalpasti, orang itu melepaskan tembakan tetapi mereka tidak menyangka sasaran mereka tersasar kerana Diya Danisha pantas mengesan kedudukan mereka terus menolak Faiz Darwin dari situ. Diya Danisha menjadi mangsa tembakan itu terus rebah dan beberapa orang yang berada di situ panik mendengar tembakan itu terus menunduk. Faiz Darwin yang terkejut kerana ditolak Diya Danisha turut mendengar bunyi tembakan dan menyedari Diya Danisha rebah serta berlumuran darah di sisinya. Dia terasa fikirannya kosong bila melihat keadaan Diya Danisha sebegitu sebelum seorang pengawal keselamatan pusat bisnes yang berada di situ menghubungi ambulans dan polis segera. Faiz Darwin hanya memaut tubuh Diya Danisha kesal dengan apa yang terjadi dan menyalahkan dirinya.

Polis tiba di situ segera menutup kawasan itu dan memastikan saksi-saksi yang Nampak kejadian itu diambil keterangan termasuk Faiz Darwin yang bajunya berlumuran darah Diya Danisha dibantu mereka untuk bangun selepas ambulans tiba dan staf ambulans mengangkat Diya Danisha masuk ke ambulans. Faiz Darwin yang sudah tenang dan memberikan keterangan, segera menukar baju lalu memandu keretanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menguruskan urusan kemasukan Diya Danisha bagi pembedahan dan wad. Beg silang Diya Danisha yang ada di dalam keretanya diselongkar sebaik tiba untuk urusan tersebut. Sebaik menemui kad pengenalan dan kad tauliah Diya Danisha sebagai pengawal peribadi, dia tidak menyangka yang Diya Danisha yang dianggap lelaki selama ini adalah seorang perempuan terperanjat dan terus melakukan urusannya.

Faiz Darwin bersyukur kerana dia telah mengetahui perkara tersebut dan dia merasakan perasaannya pada Diya Danisha tidak salah kerana kekeliruannya telah lesap. Dia teringat pula pada seorang budak perempuan bernama yang sama pernah menjadi kawan baiknya sebelum kes penculikan itu 17 tahun lepas. Dia tidak menyangka menemuinya semula. Faiz Darwin yang baru tersedar dari lamunannya segera menghubungi papanya, Tan Sri Burhanuddin dan memberitahu tentang kecelakaan yang menimpa Diya Danisha. Tan Sri dan Pak Naqib yang mendapat berita itu segera ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tan Sri terus berjumpa anaknya untuk mengetahui keadaan Diya Danisha.

“Papa jangan risau sebab dia masih dalam bilik pembedahan. Kita tunggu sahaja pembedahan selesai”, terang Faiz Darwin. Tan Sri mengangguk dan duduk di sisi anaknya. “Papa nak tahu macam mana perkara tu terjadi pada Danish?”, tanya Tan Sri Burhanuddin. Faiz Darwin meraup mukanya lalu menerangkan semuanya kepada papanya. Selepas hampir dua jam menunggu, pembedahan selesai dan Diya Danisha dimasukkan ke wad ICU kerana koma dan kehilangan banyak darah serta perlu pemerhatian. Faiz Darwin dan Tan Sri Burhanuddin lega mendengar penerangan doktor itu. Tan Sri juga sudah menghubungi keluarga Diya Danisha dan sebentar lagi mereka akan tiba.

“Papa, Faiz nak tahu kenapa papa rahsiakan identiti Diya Danisha yang sebenarnya?”, tanya Faiz Darwin sebaik mereka pulang ke rumah malam itu. Tan Sri terkejut lalu berkata dengan selamba, “Kamu pun tak pernah tanya dan itu kehendak Danish sendiri. Papa sebenarnya dah lama tahu dia tu kawan kamu masa kecil sebelum kes penculikan itu”. Faiz Darwin tersenyum malu mendengar kata-kata papanya. Sekarang hatinya berbunga-bunga kerana dia memang mencintai Diya Danisha. Dia perlu menunggu Diya Danisha sembuh sebelum meluahkan perasaannya.

Pagi itu, pihak polis menemui Tan Sri Burhanuddin untuk menyiasat mengenai musuhnya. Tan Sri yang sudah bersedia untuk bekerjasama dengan polis menghubungi rakannya yang turut melakukan siasatan itu dengan memberikan laporan hasil siasatan mereka. Hasil siasatan itu, pihak polis berusaha menjejaki Dato’ Zaman kerana dia berdendam dengan Tan Sri kerana tender pembinaan yang dibuka syarikat Tan Sri bernilai RM 4 juta, tak dapat diperolehinya.

No comments: