Thursday, June 16, 2011

MY BODYGUARD, MY LOVE

BAB 6


Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Dato’ Zaman dan orang-orangnya. Mereka sudah beberapa hari mengekori gerak-geri Faiz Darwin. Dato’ Zaman berdendam dengan Tan Sri Burhanuddin kerana peristiwa setahun yang lalu. Pada waktu itu, Dato’ Zaman sedang membida tender pembinaan rumah bernilai RM 4 juta yang dikeluarkan oleh syarikat Tan Sri Burhanuddin. Dato’ Zaman cuba memberi rasuah kepada Tan Sri Burhanuddin agar dia dapat tender tersebut. Dia terpukul dengan kata-kata Tan Sri Burhanuddin yang masih diingatinya, “Saya tak terima rasuah Dato’ kerana dalam menjalankan perniagaan kita harus bersikap jujur dan amanah seperti Nabi Muhammad S.A.W”. Dato’ Zaman yang marah terus pergi dari situ dan berjanji pada dirinya akan membalas segala perbuatan Tan Sri Burhanuddin.

Tan Sri Burhanuddin mengetahui tindakan Diya Danisha yang cuma mengekori Faiz Darwin setiap kali berjumpa Narisha lalu meminta Diya Danisha dan Faiz Darwin berjumpanya di pejabat. Tan Sri yang berang dengan tindakan mereka menghamburkan kemarahannya pada mereka. Diya Danisha kecut perut dan Faiz Darwin dengan tenang berkata, “Danish tak salah pa. Lagipun Faiz yang suruh dia buat macam tu”. “Papa tak peduli, papa nak Danish lakukan tugasnya seperti biasa. Sekali lagi papa dapat tahu perkara macam ni terjadi lagi, papa pecat Danish dan kamu akan dikawal seperti dulu. Pilihan di tangan kamu”, tegas Tan Sri Burhanuddin. Faiz Darwin terpaksa akur kehendak papanya. Diya Danisha juga akur.

Malam itu, Faiz Darwin tidak berjumpa Narisha dan dia hanya menghubungi Narisha meminta maaf kerana dia keletihan dengan kerja pejabatnya yang menimbun. Bermula dari malam itu juga, Narisha yang kebosanan mengajak Zulhafizi keluar bersamanya. Hampir seminggu Faiz Darwin tidak berjumpa Narisha dan peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Narisha untuk rapat dengan Zulhafizi. Pada suatu tengah hari, Faiz Darwin mengajak Diya Danisha menemaninya lunch di Cozy Corner, Ampang kerana dia ingin makan kuew teow kungfu restoran itu yang memang sedap. Diya Danisha bersetuju dan terus ke sana. Selepas makan tengah hari, Diya Danisha pergi ke kedai majalah di situ sementara Faiz Darwin yang sedang melihat-lihat telefon bimbit di kedai berhampiran ternampak Narisha memaut lengan seorang lelaki dengan mesra sekali. Faiz Darwin mengenali lelaki itu. Lelaki itu ialah Zulhafizi iaitu seorang jutawan muda internet yang terkenal dan mukanya sering terpampang di majalah-majalah bisnes di Malaysia.

Faiz Darwin yang melihat adegan pasangan itu tersangat marah dan merasa tertipu dengan janji Narisha yang hanya menyintainya dan tiada lelaki lain dalam hidupnya. Diya Danisha yang turut ternampak adegan itu memandang Faiz Darwin yang terpancar kemarahannya. Dia segera menghalang tindakan Faiz Darwin yang mahu membelasah Zulhafizi. “Encik Faiz, bersabarlah. Encik cuba berunding dulu dengan Narisha secara baik, lagipun bunga bukan sekuntum. Banyak lagi kat luar sana yang lebih baik dari Cik Narisha”, nasihat Diya Danisha dalam nada gurauan. Faiz Darwin tersenyum dan merasakan apa yang diperkatakan Diya Danisha benar lalu mengajaknya balik ke pejabat segera. Di rumahnya pada malam itu, Faiz Darwin mengajak Diya Danisha mengintip pergerakkan Narisha. Mereka melakukan pengintipan selama lima hari dan Faiz Darwin mengumpul semua bukti kecurangan Narisha sebelum memutuskan hubungan mereka.

Faiz Darwin mengajak Diya Danisha setelah dia bersedia untuk ke rumah Narisha pada sebelah malam. Diya Danisha sudah bersedia terus memecut kereta Sorento Faiz Darwin ke apartment Sri Intan, Setiawangsa. Sepanjang perjalanan, Faiz Darwin hanya mendiamkan diri. Sebaik tiba di situ, dia menghubungi Narisha untuk berjumpanya di bawah apartmentnya segera. Narisha tergesa-gesa berjumpanya. Narisha berjumpa dengan Faiz Darwin di bawah pokok besar yang ada di situ. Faiz Darwin menghamburkan segala kemarahannya dan mencampakkan bukti-bukti kecurangan Narisha di mukanya. Dia juga memutuskan hubungan mereka pada waktu itu juga. Narisha terpempam dan menangis merayu-rayu lalu memeluk kaki Faiz Darwin agar tidak meninggalkannya. Faiz Darwin menolak Narisha perlahan dan tidak langsung mempedulikan rayuan Narisha lalu meninggalkannya. Dia menyuruh Diya Danisha pergi dari situ.

Narisha yang ditinggalkan hanya terduduk di situ memikirkan tindakan bodohnya itu. Dia segera bangun selepas mengesat airmatanya ke apartmentnya. “Ingat aku heran sangat dengan kau. Aku cuma nak duit kau je. Lagipun aku ni cantik dan sekali aku petik jari, sepuluh yang datang tau”, kata hati Narisha yang sedang menelitinya mukanya di depan cermin. Gambar-gambar itu dibakar Narisha lalu dibuang dalam tong sampah. Faiz Darwin yang kecewa, benci dan marah dengan Narisha menyuruh Diya Danisha ke Taman Tasik Titiwangsa. Di sana, Diya Danisha mengajak Faiz Darwin duduk di sebuah bangku menghadap tasik. Faiz Darwin menurut sahaja.

Diya Danisha pergi membeli dua belon dan buih sabun lalu mendekati Faiz Darwin. “Encik Faiz, ambil belon dan buih sabun ni. Encik lepaskan belon ni untuk lepaskan kekecewaan dan tiup buih sabun ni semoga encik gembira dan dapat pasangan yang lebih baik dari Narisha”, ujar Diya Danisha. Kata-kata Diya Danisha itu mengingatkannya pada seorang budak perempuan semasa dia kecil yang pernah berkata sebegitu. Dia rapat dengan budak itu sebelum kes penculikannya. Mereka bergembira sepanjang berada di sana sebelum balik ke rumah Faiz Darwin.

No comments: