BAB 7
Faiz Darwin yang sukar melelapkan mata pada malam itu, memikirkan Diya Danisha yang selama ini masih tidak diketahuinya adalah seorang perempuan menunjukkan ciri-ciri kewanitaannya yang manja, lemah-lembut, baik-hati dan peramah pada Faiz Darwin. Faiz Darwin merasakan dia sedang keliru dengan perasaan yang dirasakannya pada Diya Danisha tidak mahu memikirkannnya lagi. Dia terus melelapkan matanya. Sementara itu, di rumah Diya Danisha. Diya Danisha juga tidak dapat melelapkan mata memikirkan Faiz Darwin yang menunjukkan sikapnya yang sebenarnya seorang yang romantis, penyayang dan adakalanya keanak-anakan bila dilanda kesedihan sebegitu. “Aku dah tertarik pada Faiz Darwin ke?”, Diya Danisha berkata dalam hatinya sebelum melelapkan matanya.
Pagi itu, Diya Danisha terlambat menjemput Faiz Darwin kerana lewat bangun dan nasib baik ibunya mengejutkannya. Diya Danisha terkocoh-kocoh bersiap. Faiz Darwin menunggunya di kerusi laman rumah. Diya Danisha yang berpakaian ringkas meminta maaf di atas kelewatannya. Dia terus menghantar Faiz Darwin ke pejabat. Diya Danisha menyambung tidurnya di dalam kereta. Dia terjaga apabila telefon bimbitnya berbunyi. Diya Danisha yang mamai menjawab panggilan, “Hello Encik Faiz. Ada apa encik call saya ni?”. “Amboi! Manjanya suara anak dara ni. Boleh dia tidur dalam kereta ek”, tegur Anisa di hujung talian. Diya Danisha terkejut mendengarnya, terus mematikan enjin kereta. “Kak Anisa ni, saya mengantuk la. Semua ni Encik Faiz punya pasal la. Teruk mood dia semalam sebab baru putus cinta. Kejap lagi saya naik atas jumpa akak”, ujar Diya Danisha lalu memutuskan talian.
Diya Danisha berjumpa Anisa segera. Anisa yang memang sudah bersedia mendengar cerita Diya Danisha terpaksa menjawab panggilan dari bilik Faiz Darwin yang menghubunginya untuk meninggalkan pesan pada Diya Danisha. Diya Danisha turut mendengarnya bersetuju membawanya berjumpa klien dan makan tengah hari dengannya. Diya Danisha bercerita kepada Anisa tentang apa yang berlaku semalam. Diya Danisha yang sudah bersedia di kereta membawa Faiz Darwin ke KL Sentral untuk berjumpa kliennya disana. Mereka makan tengah hari di kafe berdekatan pejabat kliennya. Selepas makan, Diya Danisha meminta diri untuk bersolat sebelum Faiz Darwin terus berjumpa kliennya. Selepas dua jam, dia terus menunaikan solat Zohor. Dia mengajak Diya Danisha makan malam bersamanya. Dia bersetuju lalu memandu pulang ke rumah Tan Sri Burhanuddin.
Diya Danisha menunggu Faiz Darwin di ruang tamu rumahnya selepas maghrib. Faiz Darwin memandu keretanya bersama Diya Danisha menuju ke Restoran Big Plate, Shah Alam. Mereka berdua makan dengan gembira sambil bersembang tentang bermacam-macam perkara. Faiz Darwin gembira ketika bersama Diya Danisha pada malam itu. Mereka pulang ke rumahnya. Diya Danisha pulang ke rumah Faiz Darwin lalu mengambil keretanya terus balik ke rumahnya.
Sejak dari itu, hubungan antara Faiz Darwin dan Diya Danisha semakin rapat. Pada Sabtu itu, Diya Danisha dijemput Tan Sri Burhanuddin untuk makan tengah hari di rumahnya. Diya Danisha datang awal tengah hari itu membantu Mak Nah memasak dan menyediakan makan tengah hari bersama sambil berbual-bual di dapur. “Mak Nah senang hati tengok Diya dengan Faiz dah berbaik. Kalau jumpa je asyik nak perang mulut”, ujar Mak Nah. Diya Danisha hanya tersenyum. Faiz Darwin yang terdengar panggilan Mak Nah pada Diya Danisha, menarik tangan Diya Danisha mengikutnya.
“Danish, saya kerap terdengar Mak Nah panggil awak Diya. Awak ni perempuankan?”, tanya Faiz Darwin yang keliru. Diya Danisha berkata, “Awak salah dengar agaknya. Mak Nahkan suka bergurau”. Faiz Darwin tidak berpuas hati memaksa Diya Danisha tapi diselamatkan oleh Tan Sri Burhanuddin yang memanggil Faiz Darwin. Faiz Darwin segera berjumpa papanya. Diya Danisha lega lalu membantu Mak Nah menghidangkan lauk-pauk dan nasi di atas meja makan. Mereka makan bersama Mak Nah dan Pak Naqib dengan gembira tetapi Faiz Darwin cuba bergembira bersama walaupun hatinya kacau memikirkan tentang identiti Diya Danisha yang sebenarnya.
Malam itu, Faiz Darwin memikirkan tentang kekeliruannya tentang identiti dan perasaannya pada Diya Danisha. Dia merasakan dirinya sudah jatuh cinta dengan Diya Danisha dan itu tidak mungkin kerana pada pandangannya, Diya Danisha ialah seorang lelaki bernama Danish. Dia harus menjarakkan dirinya dari Diya Danisha dan membuang jauh perasaannya pada Diya Danisha. Dia terus tertidur selepas itu. Keesokkan paginya, Faiz Darwin tidak menegur Diya Danisha seperti biasa. Diya Danisha yang pelik hanya mengabaikannya lalu menghantar Faiz Darwin ke pejabatnya. Sebaik tiba di perkarangan pejabat Burhan Corp Sdn Bhd, Diya Danisha terperasan dari ekor matanya ada beberapa orang mengintip pergerakkannya dan Faiz Darwin beberapa hari ini.
No comments:
Post a Comment